Syeikh Shams al-Din Mengkritik Keras Ashā’irah-Māturidiyyah

 OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi


Dalam ramai-ramai ulama yang mengkritik aliran Ashā’irah-Māturidiyyah, saya tidak menemui ada yang lebih keras daripada Syeikh Shams al-Dīn al-Salafī al-Afghānī. Orang-orang yang membaca dua buah tesisnya – ‘Adā’ al-Māturidiyyah li-al-‘Aqīdah al-Salafiyyah dan Juhūd ‘Ulamā’ al-Ḥanafiyyah fī Ibṭāl ‘Aqā’id al-Qubūriyyah – pasti dapat merasakan ketegasannya yang luar biasa sifatnya dalam membela akidah Salafiyyah-Athariyyah, pegangan barunya selepas hidup sekian lama sebagai pengikut aliran Māturīdiyyah-Ḥanafiyyah-Deobandi.

Seingat saya, dalam perpustakaan peribadinya ada sejumlah kitab aliran yang bertentangan yang beliau kumpul sebagai bahan kajian dan disebabkan terlalu shadīd terhadap Ashā’irah-Māturidiyyah dan sufi, di setiap kitab itu dicatat tahziran supaya orang tidak menganggap kewujudan kitab-kitab itu dalam kutubkhanahnya tanda beliau meredainya. Namun, siapa sangka, di sebalik "kebengisan" itu, beliau tetap berterima kasih, hormat, dan sayang kepada ulama-ulama aliran yang dibantahnya dengan tegas itu - sebagaimana yang terpapar dalam kata-katanya:

مكانة الماتريدية في صدري

لقد وجهت نقدي – وأنا طويلب صغير، وباعي قصير -.

- إلى أناس أعرف قدرهم ومنزلتهم في العلوم، فإذا أنظر إلى علو مكانتهم، وأرفع رأسي لأنظر إلى رفيع درجاتهم – تسقط قلنسوتي، وأكاد أسقط على ظهري.

- ولهم في صدري احترام لما عندهم من علوم جمة غزيرة، وزهد وتقوى، وتأله، وحسن النية والإخلاص، والاجتهاد في الوصول إلى الحق، وموافقتهم الحق في كثير من المسائل، وخدمتهم للإسلام في كثير من الجوانب. كيف لا، وقد تعلمت فرائض ديني على أيديهم، وهم شيوخي في العلوم الشرعية: من التفسير والفقه، والأصول، والعربية: من النحو والصرف والأدب والمعاني والبيان والبديع، والعقلية: من الكلام والمنطق والفلسفة والمناظرة. 

غير أن هذا لا يصدني عن أصارحهم بالحق، 

- وأنصحهم بالذي أحب لنفسي ولهم من الرجوع إلى العقيدة السلفية ونبذ العقائد البدعية

أود أن أزن عقائدهم بميزان الكتاب والسنة، وأبين أخطاءهم نصيحة لهم خاصة ولغيرهم عامة.

...

“Tempat Māturīdiyyah dalam Hatiku

Aku menujukan kritikanku – sedangkan aku hanyalah penuntut ilmu yang kecil, dan langkahku pendek:

- kepada orang-orang yang aku tahu martabat dan kedudukan mereka dalam ilmu. Tatkala aku melihat kepada tingginya kedudukan mereka dan aku mendongak kepala untuk melihat kepada ketinggian darjat mereka, songkokku jatuh dan aku nyaris rebah. 

- Dan dalam hatiku ada rasa hormat kepada mereka kerana ilmu mereka yang banyak, kezuhudan, ketakwaan, ketaabbudan, niat yang murni dan keikhlasan mereka, serta kesungguhan mereka untuk mencapai kebenaran, muwāfaqah dengan kebenaran dalam banyak perkara, dan khidmat mereka kepada Islam dalam banyak sudut. Bagaimana tidak, aku belajar fardu-fardu ain agamaku dengan mereka, dan mereka adalah guruku dalam ilmu-ilmu syariat, berupa tafsir, fiqh, usul fiqh, bahasa Arab berupa nahu, saraf, sastera, ma‘ānī, bayān, dan badī’, dan ilmu akal berupa kalām, mantik, falsafah, dan perdebatan?

Cuma ini tidak menghalangku daripada mengatakan yang benar kepada mereka.

- Dan aku menasihati mereka dengan sesuatu yang aku suka untuk aku sendiri dan diri mereka iaitu kembali kepada akidah Salafiyyah dan menolak akidah-akidah yang bidaah. 

Aku mahu menimbang akidah-akidah mereka dengan neraca al-Quran dan sunnah, dan menerangkan kesalahan-kesalahan mereka sebagai nasihat yang khusus kepada mereka, dan nasihat yang umum kepada orang lain.

....”



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments