OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
Di antara nama ALLAH ﷻ ialah al-Karim.
Makna al-Karim bagi ALLAH ﷻ antaranya ialah:
Yang memberi tanpa meminta balasan;
Yang memberi tanpa sebab;
Yang memberi tanpa perlu perantara;
Yang memberi tanpa mempedulikan siapa yang diberi; sama ada orang yang berbuat baik atau tidak, orang Islam atau kafir; orang yang bersyukur atau kufur.
- Ibnu al-Arabi
Bagaimana sekiranya si hamba meminta daripada ALLAH ﷻ?
ALLAH ﷻ berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِي سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ.
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
[Surah Ghafir, ayat 60]
Sungguh ALLAH ﷻ Maha Besar, Maha Agong lagi Maha Pemurah.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment