Jangan Mudah Menghukum Syurga

 OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya


Ada beza..

"Dia ahli syurga.."

"Dia sedang memandang kita dari syurga.."


Dengan..


"Mudah2han syurga bagi si mati..."

"Doakan moga si mati skrg berada di taman taman syurga.."

"Doakan Allah ampunkan si mati dan tempat kan mereka di kalangan org beriman.."


Sebab tu kita diajar utk jgn putus utk berdoa kepada semua orang Islam terutama keluarga kita..

Andai kita sudah sahkan dia ahli syurga, utk apa kita berdoa? Utk apa dia perlukan doa kita?

hadith Ummu Salamah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ فَقَالَ لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ ثُمَّ قَالَ اللهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya roh apabila diambil nescaya penglihatan mengikutnya. Ketika itu orang ramai di kalangan ahlinya riuh rendah lantas sabda Baginda SAW: ‘Jangan kamu doa atas diri kamu kecuali yang baik. Ini kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu kata. Kemudian Baginda berdoa : ‘Ya Allah, ampunkan bagi Abi Salamah, angkatlah darjatnya di kalangan orang yang mendapat petunjuk…”

Riwayat Muslim


Begitulah hebatnya doa.. Maka berdoalah dan terus berdoalah buat hamba Allah yang beriman..

(وَٱلَّذِینَ جَاۤءُو مِنۢ بَعۡدِهِمۡ یَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَ ٰ⁠نِنَا ٱلَّذِینَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِیمَـٰنِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِی قُلُوبِنَا غِلࣰّا لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَاۤ إِنَّكَ رَءُوفࣱ رَّحِیمٌ)

[Surah Al-Hashr 10] 


Gambar hiasan semata-mata

[Gerakan PENA Malaysia]


Comments