Kepercayaan Nur Muhammad

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Dalam tasawwuf falsafi batiniyyah dan turuqiyyah ada keyakinan bahawa Allah menciptakan Nabi Muhammad dari nurNYA (cahaya-Nya), dan Allah menciptakan segala sesuatu dari cahaya Muhammad. 

Sedangkan Allah berfirman, 

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ

“Katakanlah (Wahai Muhammad), sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kalian, yang diwahyukan kepadaku …” (Al-Kahfi: 110). 

إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى خَٰلِقٌۢ بَشَرًا مِّن طِينٍۢ

(ص - 71)

“(Ingatlah) ketika Rabbmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku akan ciptakan manusia dari tanah liat.” (Sad: 71).

Dalam tasawwuf, ada keyakinan bahawa Allah menciptakan dunia ini kerana Nabi Muhammad. Sedangkan Allah berfirman: 

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

(الذاريات - 56)

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz-Dzariyat: 56). 

Akhirnya sufiyyah mengatakan bahawa Muhammad dan alam ini adalah Allah...



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments