Kepincangan Demokrasi

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis


Kepincangan sistem demokrasi menyebabkan rakyat menganggap bahawa mereka ada kuasa didalam menjatuhkan ataupun menaikkan pemimpin dengan sokongan majoriti.

Hakikatnya sistem demokrasi menyebabkan rakyat menyibukkan diri dengan urusan pemerintahan yang hakikatnya bukanlah urusan dan kepakaran mereka, dan pemimpin dilantik atas dasar majoriti yang mengundi bukan atas dasar kepakaran dan keilmuan.

Sistem demokrasi menyebabkan berlakunya penyelewengan dan korupsi atas dasar inginkan berkuasa seseorang individu bagi membolehkan pengundi memilihnya.

Amat sukar bagi pemimpin yang baik dan bertaqwa untuk dinaikkan didalam sistem demokrasi kerana tiada kemahiran didalam berpolitik.

Sistem demokrasi bertunjangkan suara ramai bukan suara ilmuwan yang pakar ataupun mereka yang ahli. Ini antara kemudaratan besar didalam sistem demokrasi.

Apapun kita doakan agar Allah SWT memilih para pemimpin kita pemimpin yang amilin dan bertaqwa.

اللهم اصلح أئمتنا وولاة أمورنا واجعله هداة مهتدين

Ya Allah engkau perbaikilah para pemimpin dan para waliyyul Amri kami. Jadikanlah mereka penunjuk hidayah buat kami.

P/s : Alhamdulillah, apapun negara kita tidaklah bertunjangkan demokrasi sepenuhnya, masih terikat dengan raja berperlembagaan sebagai pemimpin tertinggi.

Antara kelemahan sistem demokrasi yang ketara, para pemimpin disamping perlu menjalankan tugas sebagai pimpinan, mereka perlu berfikir untuk mendapatkan dana parti bagi memenangi pilihanraya. Ia berbeza dengan sistem beraja yang tidak memerlukan sokongan rakyat dalam pilihanraya.

Ini mengakibatkan bolehnya berlaku ketirisan, penyelewengan dan seumpamanya termasuk umpanan wang, pengaruh dan jawatan sepertimana yang kita saksikan pada masa kini demi meraih dan mempertahankan kuasa yang dimiliki.

Isu katak melompat dikalangan wakil rakyat adalah antara kelemahan ketara didalam sistem demokrasi. Pengkhianatan kepada para pengundi yang berlaku dibenarkan atas dasar ianya hak asasi kemanusiaan.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments