OLEH: Shahrul Aiman
Semalam saya bertanya secara lisan kepada Dr Muhammad Salah dalam Q&A Huda TV tentang pernyataan bahawa kematian disebabkan covid-19 adalah kegagalan kerajaan.
Secara ringkasnya syeikh sependapat dengan pendapat saya bahawa kematian itu tidak boleh dicepat dan diundurkan walau sesaat. Ada sahaja orang yang sakit lama sepatutnya meninggal dunia, namun orang yang sakit sekejap lagi awal meninggal dunia. Beliau juga
membawa dalil bahawa kematian itu akan mengejar kita.
Kesimpulannya, kematian dan penyakit merupakan dua perkara yang berbeza. Penyakit boleh dicegah dan dirawat namun kematian tiada yang dapat mengelaknya.
https://youtu.be/BmOGkcoslso?t=2236
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment