Muharram Bukan Bulan Nabi Hijrah Makkah

 OLEH: Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya


Muharram bukan bulan Nabi hijrah Makkah - Madinah. Titik.

Mereka tersilap antara Takwim Hijrah dan Hijrah Makkah Madinah.

Hijrah Nabi bersama sahabat antara safar atau Rabiul Awal. 

Jom perbetulkan.

Moga tiada niat untuk berpuasa sempena 1 Muharram kerna ia tiada petunjuk dari Rasul kita yang kita cintai dan sayangi.

Tiada sambutan tahun baru sempena tahun seterusnya. Tiada Ibadah yang disunnahkan secara khusus pada malamnya.

New Year sambutan mereka, Muharram bukan amalan persis New Year. Jgn cantikkan agama ini ikut citarasa kita.

Akhir kata, esok atau sebentar lagi angka akan bertambah dari 1442 kepada 1443H. Niatlah dan azamlah utk berpuasa sunnah Asyura' 9,10 dan 11 Muharram kerna wujudnya dalil di depan mata. 

Sungguh kebenaran lebih aku cintai. ayuh berdoa dgn doa Nabi:

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

Berlabuhlah 1442 Lambaian 1443. Moga ia akan menjadi lebih baik buat kita.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments