Tanda Rahmat Allah Ialah Apabila Susah, Tidak Merasa Susah?

OLEH: Ustaz Ahmad Hasyimi


Salah satu tanda seseorang itu mendapat rahmat Allah ialah bila kesusahan tidak lagi dirasakan susah.

Maknanya bukan dia tak ditimpa susah. Pasti juga ditimpa susah. Tapi dia tidak rasa susah itu terlalu susah. Kerana yakinnya dia pada 3 perkara.

1. Susah besar mana sekalipun, sentiasa ada jalan selesainya dengan izin Allah. Cuma cepat atau lambat.

2. Susah itu memang untuk manusia selama dia hidup. Tidak pernah lari susah dari manusia kecuali saat dia mati.

3. Semua orang susah. Cuma susah kita dan susah orang tak sama. Mungkin susah bagi kita tak susah bagi orang lainnya pula.

Nak buat apa supaya mampu untuk susah tanpa susah hati.

1. Jaga adab solat.

2. Baca Quran.

3. Banyakkan istighfar.

Semoga Allah gantikan kesusahan kita sekarang ini dengan rahmat Allah s.w.t.

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat ❤️


[Gerakan PENA Malaysia]



Comments