Eh, jangan sibuklah!

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman

# Menolak nasihat

# Perkataan paling dibenci Allah ﷻ


Jangan sesekali bersikap angkuh dan sombong menolak nasihat.


Sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّ ‌أَبْغَضَ ‌الْكَلَامِ إِلَى اللَّهِ أَنْ يَقُولَ الرَّجُلُ لِلرَّجُلِ: اتَّقِ اللَّهَ، فَيَقُولَ: ‌عَلَيْكَ ‌بِنَفْسِكَ.

“Sesungguhnya perkataan yang paling dibenci oleh Allah ialah apabila dikatakan kepada seseorang itu “Bertakwalah kepada Allah” lalu dia membalas “(Jangan sibuklah!) Jagalah diri sendiri.”

[Sahih. Riwayat Abu Abdullah Ibnu Mandah dalam kitab at-Tauhid]


Sebahagian orang tidak suka ditegur. Walhal teguran yang disampaikan adalah untuk kebaikan dirinya sendiri. Hanya sahaja kerana ego dia membenci teguran tersebut.

Perlu ditegaskan bahawa tegur-menegur dan nasihat-mensihati merupakan tanggungjawab atas setiap seorang Muslim sebagaimana sabda Nabi ﷺ:


الدِّينُ النَّصِيحَةِ.

“Agama itu nasihat.”

[Sahih. Riwayat Muslim]


Demikian adalah ketetapan syariat. Tetapi dalam masa yang sama kita mengakui ketetapan alam Allah ﷻ bahawasanya sebahagian manusia tidak suka dinasihati sebagaimana firman Allah ﷻ:


وَلَٰكِن لَّا تُحِبُّونَ ٱلنَّٰصِحِينَ.

"Tetapi kamu TIDAK SUKA orang yang menasihat."

[Surah Al-A'raaf, ayat 79]


Malah kebanyakan manusia membenci kebenaran!



CATATAN:

Kini ramai netizen lebih suka menggunakan pendekatan perli, sindir dan ejek berbanding nasihat.


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments