Ibadah 20 Tahun Seperti 40 Tahun?

 OLEH: Abu Aqif


Orang lain buat dapat 1 mereka ni dapat 2. Ibadah 20 tahun seperti 40 tahun. Ibadah 30 tahun seperti 60 tahun.


Dari Abu Musa al-Asy'ari رضي الله عنه bahwa Nabi ﷺ bersabda:

ثَلاَثَةٌ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُمْ مَرَّتَيْنِ: رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمَنَ بِنَبِيِّهِ وَأَدْرَكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَآمَنَ بِهِ وَاتَّبَعَهُ وَصَدَّقَهُ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَعَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَدَّى حَقَّ اللهِ وَحَقَّ سَيِّدِهِ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَرَجُلٌ كَانَتْ لَهُ أَمَةٌ فَغَذَّاهَا فَأَحْسَنَ غِذَاءَهَا ثُمَّ أَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ تَأْدِيْبَهَا وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنَ تَعْلِيْمَهَا ثُمَّ أَعْتَقَهَا وَتَزَوَّجَهَا فَلَهُ أَجْرَانِ


"Tiga kelompok yang akan diberikan pahala mereka dua kali.


(1) Lelaki ahli Kitab yang beriman kepada Nabinya lalu berjumpa dengan Nabi ﷺ, kemudian dia beriman kepada baginda, mengikutinya dan membenarkannya, maka dia memperoleh dua pahala.

 

(2) Seorang hamba yang melaksanakan hak Allah dan hak tuannya, maka dua memperoleh dua pahala. Dan


(3) seorang lelaki yang mempunyai hamba wanita, lalu dia memberi makanan, pendidikan, dan pelajaran yang baik, kemudian dia membebaskan dan menikahinya, maka dia memperoleh dua pahala." [Muttafaq alaih: Sahih al-Bukhari (V/146, no. 2518), Shahiih Muslim (II/1148, no. 1509 (24)].


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2986911168247337&id=100007854499404


Masih adakah peluang untuk manusia zaman kini dapat peluang seperti ini?


Masih!


No. 1 mungkin ada tapi amat sedikit sekali.


No. 3 pun boleh. Katanya di Mauritania di Africa sana masih ada yang mengamalkan sistem perhambaan. Di dalam video kuliah Dr Khalid ada menyebut harga membeli/membebaskan hamba dalam lingkungan 10k riyal.


No. 2: Mungkin mustahil zaman ini manusia masih mahu jadi hamba. Tetapi perlu diketahui menjadi hamba bukanlah sesuatu yang hina sehinggakan sahabat Nabi Abu Hurairah رضي الله عنه pernah berangan-angan ingin menjadi hamba, kerana besarnya pahala yang dijanjikan Allah, beliau berkata,

للعبد المملوك أجران والذي نفسي بيده لولا الجهاد في سبيل الله والحج وبر أمي لأحببت أن أموت وأنا مملوك

"Bagi hamba sahaya mendapat dua pahala. Demi Dzat yang jiwaku ada ditanganNya, kalaulah bukan kerana jihad di jalan Allah, haji dan bakti kepada ibuku, sungguh aku menginginkan mati dalam keadaan menjadi hamba." [HR. Muslim, Idraj/sisipan dari Abu hurairah].



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments