Freemanson

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


Sebuah pertubuhan rahsia Yahũdi perosak yang paling berpengaruh di dunia. Merancang untuk memastikan penguasaan kaum Yahũdi ke atas seluruh dunia. Memusuhi semua agama selain Yahũdi. Berselindung di bawah slogan kebebasan, persaudaraan dan persamaan antara manusia.

Majoriti ahlinya terdiri daripada kalangan personaliti terkenal dan individu-individu berpengaruh yang telah mengikat perjanjian untuk menyimpan rahsia pertubuhan. Dari semasa ke semasa mereka mengadakan majlis-majlis pertemuan untuk berhimpun, merancang serta memberi tugas-tugas sebagai persiapan ke arah merealisasikan matlamat besar mereka untuk mewujudkan sebuah kerajaan dunia. 

Orde Baru Dunia: Dunia di bawah satu kerajaan 

Berkata Syeikh Atiah Saqr, mantan ahli majlis fatwa al-Azhar: 

أن المسلم لا يمكن أن يكون ماسونياً لأن ارتباطه بالماسونية انسلاخ تدريجي عن شعائر دينه ينتهي بصاحبه إلى الارتداد التام عن دين الله.

“Seorang Muslim tidak boleh menganggotai pertubuhan Freemȃsŏn kerana penglibatannya dengan pertubuhan ini akan menyebabkannya terkeluar sedikit demi sedikit daripada Agama sehingga akhirnya dia murtad sama sekali daripada agama Islam.” 

[al-Masuniyyah Nasy’atuha Wa Ahdafuha oleh As’ad as-Sahmarani]

Liga Dunia Islam melalui Akademi Fiqahnya menjelaskan bahawa Freemȃsŏn mempunyai matlamat-matlamat politiknya yang tersendiri dan ia banyak terlibat dalam penggulingan-penggulingan kerajaan di serata dunia. Ia memusuhi semua agama secara amnya dan Islam secara khasnya dan ia mempunyai banyak cawangan di bawah nama-nama yang berbeza bagi mengelirukan orang ramai. Ia merupakan antara pertubuhan yang paling berbahaya terhadap Islam dan kaum Muslimin. 

[al-Mausu’ah al-Muyassarah Fi al-Adyaan Wa al-Mazahib oleh Mani’ al-Juhani]



Fatwa Majlis Ulama Arab Saudi turut memberi amaran tentang bahaya pertubuhan Freemȃsŏn kerana matlamat pertubuhan ini adalah untuk meruntuhkan agama serta akhlak. Justeru barang siapa menganggotainya dalam keadaan dia menyedari hakikat pertubuhan ini serta matlamat-matlamatnya maka dia telah jatuh kafir. 

https://www.alifta.gov.sa/Ar/Magazine/Pages/issues.aspx?View=Page&PageID=5016&CultStr=&PageNo=1&NodeID=1&BookID=2 


Freemȃsŏn: Hubungannya dengan Ziŏnis

http://www.mais.gov.my/.../2019/07/ZIONIS-MENJERUT.pdf 


Berita Freemȃsŏn di Malaysia:

https://www.malaysiakini.com/news/596320




CATATAN: 

Pertubuhan anti agama, anti negara, anti bangsa berdaftar secara sah sejak sekian lama. 

Semoga Allah ﷻ terus memelihara Malaysia daripada segala kejahatan dan tipu daya musuh. 

Comments