Imam Ahmad ibn Hanbal Memerintahkan Dimusnahkan Semua Alat Muzik!

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Ahmad ibn Hanbal berkata, “Nyanyian menumbuhkan nifaq di dalam hati.” Beliau memerintahkan agar dipecahkan semua alat muzik yang ditemui. (Ighathah al-Lahfan). 

Orang yang telah terbiasa mendengar muzik, ia  tidak rindu mendengar al-Quran, tidak gembira dan tidak merasa lazat. Apabila mendengar al-Quran ia mendengar dengan hati yang lalai dan lidah mereka leka. Apabila mendengar siulan dan gerakan-gerakan hatinya tenang. (Majmu’). 

Kamu tidak mendapati seseorang yang suka mendengar nyanyian (nasyid) dan muzik melainkan dalam dirinya ada kesesatan dari jalan petunjuk dalam ilmu dan amal. 

Ada kebencian kepada al-Quran, dan suka mendengar nyanyian. Nyanyian adalah jampian zina, syirik syaitan, arak bagi akal, dan menghalang dari al-Quran lebih dari kalam  (suara) batil lain kerana sangat cenderung dan minatnya hati kepadanya. Ia menjadi hamba fulan dan fulanah. Tidak berkumpul dalam hati cinta al-Quran dan cinta lagu (qasidah).

[Gerakan PENA Malaysia]


Comments