OLEH: Abdullah Izzat
Antara tanda-tanda ilmu yang bermanfaat ialah:
1) Beramal dengannya
2) Benci untuk dipuji dan disanjung dan [benci untuk] menyombong sesama orang.
3) Bertambahnya kerendahan diri seiring dengan bertambahnya ilmu.
4) Menjauhkan diri daripada perasaan cintakan [jawatan] kepimpiman, kemasyuhran dan keduniaan.
5) Berhenti daripada mendakwa [bahawa diri itu] berilmu.
6) Bersangka buruk terhadap diri sendiri [supaya senantiasa dapat memperbaiki diri] dan bersangka baik terhadap orang ramai, supaya dapat menghindarkan diri daripada meremehkan mereka.
Lihat: Hilyah Talib al-Ilm (m/s 71) oleh Shaykh Bakr Abu Zayd.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment