Makna Al-Jamaah

 OLEH: Ustaz Abu Asma' Yunus Zainal


Al-Jamaah dalam hadith Nabi sallallahu Alaihi Wasallam sebagaimana yang dijelaskan  As-Syaikh Soleh bin Abdul Aziz Ali Syaikh, dalam Syarah Aqidah Tohawiyah:

1) Jamaah i'tiqodiyah: iaitu yang berada di atas i'tiqad dan manhaj Nabi dan  sahabat.

2) Jamaah badaniah: iaitu yang taat di bawah pemimpin Muslim.

Ini maksud Nabi apabila Huzaifah tanya, apabila muncul huru Hara dan kekacauan Aqidah apa yang perlu dibuat?

Nabi jawab "Sentiasalah kamu bersama  jemaah kaum muslimin dan pemimpin mereka"(jamaah badaniah)

Huzaifah tanya lagi " Jika tiada jamaah kaum muslimin dan tiada pemimpin?

Nabi jawab: ," Tetapkah dia atas kebenaran walaupun kamu terpaksa makan akar pokok" (jamaah i'tiqodiyah).

Jangan beri takrifan yang tidak dikenali oleh salaf serta ulama-ulama kita seperti mengatakan Parti Fulan ialah Al-Jama'ah, parti lain adalah pecahan daripadanya. Nanti akan menyebabkan polemik dan huru-hara.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments