OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
AHLI PEMIKIR?
Antara gelaran-gelaran yang mungkin kita pernah dengar tetapi maksudnya kurang jelas dan menimbulkan tanda tanya serta kemusykilan mengapa ia digunakan sedemikian ialah gelaran tokoh pemikir, ahli pemikir Islam dan seumpamanya.
Mungkin ada yang berkata mengapa seseorang individu itu dikatakan sedemikian sedangkan orang lain pun boleh berfikir. Dan apa sekalipun tajuk yang dibahaskan maka orang lain yang pandai berbicara dan petah berkata-kata pun akan dilihat sepertinya atau barangkali lebih bagus daripadanya.
Justeru sekiranya individu itu dikatakan ahli pemikir maka apakah pula gelaran yang nak diberikan kepada orang lain yang sepertinya atau lebih bagus daripadanya?
Ada yang berpandangan bahawa gelaran ini untuk mereka yang membahaskan permasalahan akidah dan hal-hal kerohanian mengikut metode falsafah ilmu kalam dan ada yang mengatakan bahawa ia adalah untuk mereka yang tidak mempunyai ijazah pengajian tinggi.
Wallahualam.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment