Bilakah Amalan Diangkat Ke Langit?

OLEH : Abu Aqif.

Bilakah Amalan Diangkat Ke Langit?

Amalan perbuatan manusia diangkat oleh malaikat pencatat amal untuk dilaporkan kepada Allah ﷻ boleh dipecahkan kepada tiga iaitu;

1. Diangkat secara harian
2. Diangkat secara mingguan
3. Diangkat secara tahunan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3048745978730522&id=100007854499404

*Amalan Diangkat Secara Harian*

Berlaku dua kali dalam sehari, waktu pagi ketika solat Subuh, dan petang waktu solat Asar.

Dalilnya, hadis dari sahabat Abu Hurairah رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda,

يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ وَيَجْتَمِعُونَ فِى صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ فَيَسْأَلُهُمْ رَبُّهُمْ وَهُوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِى فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّون

Para Malaikat di malam dan siang hari silih berganti mengawasi kalian, dan mereka berkumpul pada waktu solat Subuh dan solat Asar, kemudian para malaikat yang mengawasi kalian sehari semalam naik (ke langit).

Allah menanyakan kepada mereka, padahal Dia lebih mengetahui dari mereka, "Dalam keadaan apakah kalian tinggalkan hamba-hamba-Ku?"

Mereka menjawab, "Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mengerjakan solat." [HR. Ahmad 8341, Bukkhari 555, Muslim 1464 dan yang lainnya].

*Amalan Diangkat Secara Mingguan*

Sahabat Abu Hurairah رضي الله عنه mengkhabarkan, "Aku pernah mendengar Nabi ﷺ bersabda,

إن أعمال بني آدم تعرض كل خميس ليلة الجمعة ، فلا يقبل عمل قاطع رحم

Amalan-amalan manusia diangkat kepada Allah setiap hari Khamis malam Jumaat. Orang yang memutus tali silaturahim, amalannya tidak akan diterima. [HR. Bukhari dan Muslim].

Maksud silaturahim: Hubungan kekeluargaan melalui nasab atau pernikahan. [Rujuk An Nihayah fi Gharibil Hadis, 5/191-192, dinukil dari Shilatul Arham, 5].

Dalam riwayat Tirmidzi dijelaskan,

تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ ؛ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Amalan manusia dilaporkan kepada Allah setiap hari Isnin dan Khamis. Dan aku suka saat amalku diangkat, dalam keadaan sedang puasa.

*Amalan Diangkat Secara Tahunan*

Terjadi di bulan Syaaban berdasarkan hadis Nabi ﷺ bersabda,

ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان ، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين ، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

"Ini adalah bulan yang banyak dilalaikan manusia, terletak antara Rejab dan Ramadan. Padahal Syaaban adalah bulan diangkatnya amal kepada Tuhan yang mengatur semesta alam. Aku ingin, saat amalku diangkat, aku dalam keadaan berpuasa." [HR. Nasa-i no. 2329].

Imam Ibnul Qayyim رحمه الله menjelaskan,

عمل العام يرفع في شعبان ؛ كما أخبر به الصادق المصدوق ويعرض عمل الأسبوع يوم الاثنين والخميس ، وعمل اليوم يرفع في آخره قبل الليل ، وعمل الليل في آخره قبل النهار . فهذا الرفع في اليوم والليلة أخص من الرفع في العام ، وإذا انقضى الأجل رفع عمل العمر كله وطويت صحيفة العمل

Amalan manusia dalam satu tahun, diangkat pada bulan Syaaban. Sebagaimana dikhabarkan oleh As-Shodiqul Mashduq (Orang yang jujur lagi dibenarkan, yakni Rasulullah ﷺ) bahawa Syaaban adalah bulan diangkatnya amal.

Demikian juga amalan dalam seminggu dilaporkan kepada Allah pada hari Isnin dan Khamis. Adapun amalan (-pent, harian) siang dilaporkan di penghujung siang sebelum malam tiba. Dan amalan malam dilaporkan di penghujung malam sebelum tibanya siang.

Laporan amal harian, lebih khusus daripada laporan amal tahunan.

Ketika ajal seseorang datang, seluruh amal perbuatan yang dia lakukan selama hidupnya, akan diangkat seluruhnya. Kemudahan lembaran catatan amalnya akan digulung. [Dikutip secara ringkas dari Hasyiyah Ibnul Qayyim 'alas Sunan Abi Dawud, 12/313].

Nabi ﷺ suka waktu amalan diangkat baginda dalam keadaan berpuasa.

Jadi, perbanyakkanlah ibadah diwaktu-waktu ini.

Kredit:
1. muslim.or.id
2. konsultasisyariah.com



Comments