OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
MENJERNIHKAN FIKIRAN
Bagaimana cara untuk menjernihkan fikiran dan menghilangkan keserabutan?
PERTAMA:
Berzikir mengingati Allah ﷻ.
Afdalnya dengan ucapan ‘Lailahaillallah’ dan ‘Astaghfirullah’.
KEDUA:
Solat.
“Rasulullah ﷺ apabila berhadapan dengan sesuatu perkara maka baginda akan segera melakukan solat.”
[Sahih. Riwayat Abu Daud]
KETIGA:
Berdoa.
Mengadap Allah dan merintih kepadaNya. Sebaik-baiknya semasa sujud.
“Sehampir-hampir seseorang hamba kepada Tuhannya ialah apabila dia sujud. Maka perbanyakkanlah berdoa.”
[Sahih. Muslim]
KEEMPAT:
Bersedekah.
Sedekah akan menenangkan jiwa dan memadamkan api kemurkaan Allah ﷻ.
KELIMA:
Menjaga keredaan ibu bapa.
KEENAM:
Membetulkan niat.
Mengingatkan diri akan balasan Allah ﷻ serta Hari Akhirat.
KETUJUH:
Melazimi bacaan Al-Quran.
Kurangkan masa berbual-bual serta hal-hal yang tidak bermanfaat.
KELAPAN:
Berselawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
KESEMBILAN:
Berbaik sangka dengan Allah ﷻ.
KESEPULUH:
Banyakkan bersabar dan reda dengan ketetapan dan takdir Allah ﷻ.
Comments
Post a Comment