Tinggalkan "Ustaz" Itu.

 OLEH: Ustaz Zulfadhli bin Mohd Razi

Jika seseorang "ustaz" yang merawat sihir melakukan perkara-perkara tersebut, maka tinggalkanlah. Antaranya:

1- Meminta nama ibu pesakit untuk dibinkan, 

2- Meminta gambar pesakit, 

3- Meminta sesuatu yang ada kaitan dengan pesakit semisal pakaian, rambut dsb, 

4- Meminta pengeras atau hidangan tertentu untuk memujarabkan rawatan, 

5- Meminta haiwan hidup untuk dijadikan medium rawatan atau korban, 

6- Meminta untuk berdua-dua dengan pesakit berlainan jantina, 

7- Meminta mendedahkan aurat, 

8- Meminta untuk memegang atau menyentuh tempat yang tidak sepatutnya, 

9- Menyediakan barang keramat tertentu, 

10- Menetapkan rawatan pada malam/hari khusus pada khusus waktu khusus dan tempat khusus kerana menyakini ia waktu dan tempat yang mujarab.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments