Cara Menghafaz Yang Terbaik.

OLEH: Ustaz Abid Annuriyy.

Antara cara menghafaz yang terbaik juga ialah mentaddabur terlebih dahulu sebelum menghafaz, mengenal pasti point-point dalam sesuatu surah 

Cth; surah al-Jumu’ah boleh dibahagikan kepada 3 bahagian besar, 

1-ayat 1- 4 berkenaan dengan ketuhanan, kenabian dan kitab (tasbih - tawhid), nama-nama dan sifat-sifatNYA, tugas-tugas Nabi. Semua itu penyelamat dari kesesatan dan kurniaan Alah yang sangat besar

2-Ayat 5-8 tentang yahudi dan tawrat, kufr dan shirk takdhib, tanda wali Alah, kematian, hisab dan balasan Akhirat, amaran agar jangan mengikuti perangai yahudi

3-Ayat 9-11 tentang orang-orang beriman dan kewajipan mereka, iaitu kewajipan segera datang ke masjid untuk zikrillah (mendengar khutbah jumaat), meninggalkan jual beli (urusan dunia), dan solat jumaat, itu lebih baik dari dunia dan seisinya. 

Jangan tertipu dengan kekayaan dunia, perniagaan, permainan, persembahan, pesta dan hiburan dunia (ekspo dan carnival). Jangan meninggalkan ibadah kerana terpesona dengan dunia. Berhati-hati terhadap dunia kerana dunia itu boleh memukau manusia sehingga mengorbankan agama. 
Ibadah tidak akan mengurangkan rezeki, bahkan akan mendatangkan rezeki. 

Mengamati harfiyyah, membaca terjemahan dan menghafaznya, 
Membaca kitab-kitab tafsir untuk mengetahui makna-makna tersembunyi bagi kalimah-kalimah dan ayat-ayat tertentu, asbab nuzul, dan huraian-huraian yang terperinci. 

Ustaz Abid Annuriyy
Dar al-Fawzan li Tahfiz al-Quran
.



Comments