Dimanakah Kesesatan Tariqat Sufiyyah dan Tasawwuf?

OLEH: Ustaz Abu Azzam.

Terdapat Aqidah sufiyyah menyeleweng dari aqidah islam antaranya 

mendakwakan yaqazah menemui Nabi saw secara jaga bukan dalam mimpi. Ini bersalahan dengan al-Quran, hadith dan ijma’. Yaqazah dari syaitan itu adalah sumber aqidah dan ilmu ghulat sufiyyah. 

Manamaat (mimpi-mimpi) iaitu mimpi bertemu Allah, Nabi, Khidir atau mana-mana wali. Berita dari mimpi diyaqini dan dijadikan aqidah. 

Khurafat Hawatif iaitu mendengar suara atau bisikan Allah, atau malaikat, nabi, (yang sebenarnya suara jin dan iblis), sama ada dalam dalam mimpi atau ketika jaga (yaqazah). 

Begitu juga kesesatan Kashf dan ilham. 

Dalam tasawwuf syirik juga terdapat aqidah syirik dan riddah iaitu ideology ittihad (Allah bersatu dengan jasad wali)  wahdatul wujud (alam bersatu dengan Allah) dan hulul (tuhan turun ke dalam jasad wali). Ketika itu mereka menggugurkan taklif syariah. 

Sufiyyah juga menciptakan cara-cara ibadah yang bid’ah, qasidah-qasidah syirik, zikir-zikir dan selawat-selawat rekaan (ini syirik tashri’) yang terkandung di dalamnya syirik-syirik akbar.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments