Gagal Muzik.

OLEH: Abu Aqif.

*GAGAL MUZIK*

Ibu bapa manalah yang tidak sedih jika anaknya gagal dalam mata pelajaran. 

Tapi ingat ya, bukan semua mata pelajaran. Jika gagal dalam mata pelajaran muzik kita patut gembira. Belanjalah KFC jika perlu.

Tutuplah jalan-jalan yang menuju ke arah itu. Susahkanlah, laranglah anak-anak dari kenal muzik. Tidak ada kebaikan dari perkara-perkara seperti itu.

Bahkan Nabi ﷺ sendiri menutup telinga apabila terdengar muzik.

*Nabi Tutup Telinga, Lari Dari Tempat-Tempat Ada Muzik/Nyanyian*

Dari Nafi' bekas hamba Ibnu Umar, beliau berkata,

عُمَرَ سَمِعَ ابْنُ عُمَرَ صَوْتَ زَمَّارَةِ رَاعٍ فَوَضَعَ إِصْبَعَيْهِ فِى أُذُنَيْهِ وَعَدَلَ رَاحِلَتَهُ عَنِ الطَّرِيقِ وَهُوَ يَقُولُ يَا نَافِعُ أَتَسْمَعُ فَأَقُولُ نَعَمْ. قَالَ فَيَمْضِى حَتَّى قُلْتُ لاَ. قَالَ فَوَضَعَ يَدَيْهِ وَأَعَادَ الرَّاحِلَةَ إِلَى الطَّرِيقِ وَقَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَسَمِعَ صَوْتَ زَمَّارَةِ رَاعٍ فَصَنَعَ مِثْلَ هَذَا

Ibnu Umar pernah mendengar suara seruling (muzik -pent) dari seorang pengembala, lalu beliau menyumbat kedua telinganya dengan kedua jarinya. Kemudian beliau pindah ke jalan yang lain.

Lalu Ibnu Umar berkata,

Wahai Nafi', apakah kamu masih mendengar suara tadi?" Aku (Nafi') berkata,

"Iya, aku masih mendengarnya."

Kemudian, Ibnu Umar terus berjalan. Lalu, aku berkata,

"Aku tidak mendengarnya lagi."

Barulah setelah itu Ibnu Umar melepaskan tangannya dari telinganya dan kembali ke jalan itu lalu berkata,

"Beginilah aku melihat Rasulullah ﷺ ketika mendengar suara seruling dari seorang pengembala. Beliau melakukannya seperti tadi." [HR. Ahmad. Syaikh Syu'aib Al Arnauth menyatakan bahawa hadis ini hasan].

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3096020614003058&id=100007854499404

*Muzik Adalah Bahaya Yang Mengerikan*

Ahmad bin Abdul Halim Al Haroni (Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah) رحمه الله‎‎ menyatakan,

اللَّهُمَّ إلَّا أَنْ يَكُونَ فِي سَمَاعِهِ ضَرَرٌ دِينِيٌّ لَا يَنْدَفِعُ إلَّا بِالسَّدِّ

"Demi Allah, bahkan mendengarkan nyanyian (atau alat muzik) adalah bahaya yang mengerikan kepada agama seseorang, tidak ada cara lain selain dengan menutup jalan agar tidak mendengarnya." [Majmu' Al Fatawa, Ahmad bin Abdul Halim Al Haroini, 11/567, Darul Wafa', cetakan ketiga, tahun 1426 H].

Saya memang melarang anak-anak belajar muzik di sekolah. Mungkin dia ada belajar juga secara curi-curi, dan mungkin dia juga pernah kena marah di sekolah kerana banyak kerja sekolah muzik tidak siap. 

Saya cuma berharap cikgu-cikgu di sekolah faham dengan pendirian saya dalam membentuk keluarga dengan cara yang lebih mendekati sunnah.

Cikgu-cikgu di sekolah mungkin ada KPI sasaran mereka tetapi bukanlah jenayah jika tidak mahu belajar muzik.

Harapnya ia tidaklah menyusahkan cikgu-cikgu. Dan saya tidak kisahkan pun jika anak-anak gagal dalam mata pelajaran muzik, mungkin sedikit berbangga kerana bukti anak-anak masih taat walaupun saya tiada di sisi semasa pembelajaran di sekolah.

Kredit: rumaysho.com









Comments