Penyakit Jiwa.

OLEH: Ustaz Idris Sulaman.

PENYAKIT JIWA 

Penyakit jiwa dengan segala macam jenisnya adalah sebesar-besar penyakit yang berpunca daripada syubhah-syubhah yang menyesatkan serta syahwat-syahwat yang membinasakan. 

Berbanding penyakit badan, penyakit jiwalah yang menjadi asbab kesengsaraan abadi. 

Sekalipun demikian, rata-rata manusia lalai tentangnya dan majoriti mereka memilih untuk bersesak-sesak di hospital dan klinik untuk merawat penyakit-penyakit badan berbanding hendak ke majlis-majlis ulama, halakah-halakah ilmu dan pintu-pintu masjid bagi merawat penyakit-penyakit jiwa yang mereka alami. 

Ini merupakan tanda kelemahan akal serta lemahnya iman di samping kegagalan menaakul dan membezakan antara apa yang penting dengan apa yang lebih penting dan lebih utama. 

-------------------

“Dalam hati mereka terdapat penyakit maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:10]

-------------------

Jazakumullahu khaira atas doa dan sokongan. Uhibbukum fillah. 

Idris bin Sulaiman 
Kajang 
15 Jamadilakhir 1443H /
18 Januari 2022 




Comments