Penyelesaian Terhadap Masalah Syirik Quburiyyah.

OLEH: Ustaz Abu Azzam

الحمدُ للهِ ربِّ العَالَمِين, وَالعَاقِبةُ للمُتّقِين, وَلا عُدوانَ إِلا عَلَى الظَّالِمين, وَأَشهدُ أنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ, وَأَشهدُ أَنَّ مُحَمّداً عَبدُهُ وَرَسُولُهُ, صَلَى اللهُ عَليْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ، وَسَلّمَ تَسلِيماً كَثِيراً.
أما بعد:

Penyelesaian Terhadap Masalah Syirik Quburiyyah,
.
Muslimin yang dirahmati Allah,

Antara kebodohan quburiyyah ialah mereka tidak membezakan antara orang hidup dan orang mati, sedangkan ALLAH telah membezakan antara orang hidup dan orang mati. Mereka menyangka bahawa orang mati hakikatnya masih hidup, boleh mendengar, memberi pertolongan, pergi ke serata tempat dan bahkan lebih hebat sehingga boleh mentadbir alam kerana ruh mereka suci. Ini syirik dalam rububiyyah. Sungguh, Quburiyyun rosak akal dan fitrah. Sebagaimana mereka itu rosak aqidah.
.
Quburiyyah seperti yahudi yang menyamakan riba dan jual beli. Kedua-dua golongan ini mengambil kubur-kubur sebagai masjid dan mereka adalah termasuk seburuk-buruk manusia di muka bumi. Semoga ALLAH memberi mereka hidayah. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan beristighfar kepadaNya, kembali kepada tawhid yang sahih. Menyembah Allah semata-mata, tidak menyembah selainNYA, meminta pertolongan dari Allah semata-mata, bukan dari selainNYA.
.
Ramai yang terlibat dengan quburiyyah dari kalangan syiah, ahbash, dan para pengikut tariqat sufiyyah dan ‘awamm juhala’. Hendaklah mereka kembali kepada akal yang sihat, merujuk kepada ulama Sunnah, ustaz-ustaz yang jujur mengajak kepada tawhid dan Sunnah, bersungguh-sungguh melarang dari segala syirik dan bid’ah.
.
Masyarakat awam hendaklah mempelajari aqidah yang sahih iaitu aqidah salaf aswj sebenar, bukan aqidah ahli kalam sifat 20 atau asha’irah murji’ah. Bahkan hendaklah mempelajari makna tawhid yang sahih, makna syirik, makna iman dan kufr, serta mengetahui pembatal-pembatal shahadatayn. Yang diambil dari al-Quran, Hadith dan ijma’-ijma’ salaf. Dari kitab-kitab aqidah salaf. Menjauhi ilmu kalam dan ahlinya, falsafah yunani, tasawwuf batinyyah dan golongan shiah. Menjauhi ulama syirik dan penceramah bid’ah.
.
Pemerintah pula menyuburkan quburiyyah demi mendapat sokongan politik. Atau membiarkannya untuk menjaga undi, atau takut menjadi tidak popular.
.
Pemerintah hendaklah mentaati perintah Allah, kembali kepada maqasid shari’ah, amanah dalam memelihara agama ini. Tidak mengorbankan agama demi mengejar kuasa atau mengekalkan kuasa.
.
Pemerintah hendaklah menghapuskan tempat-tempat pemujaan tersebut. Melarang pendakyah-pendakyah quburiyyah mengajar dan berceramah di seluruh negara. Melarang mereka dari muncul di kaca tv, atau radio. Berkeliaran mengajar di masjid dan surau, memecat semua yang terlibat dengan quburiyyah dari jawatan mereka. Menangkap dan memenjarakan mereka agar tidak merosakkan masyarakat dan negara.
.
Ulama, ustaz, dan para penuntut ilmu mestilah sentiasa melasanakan kewajipan mereka, memberikan nasihat dan peringatan tentang bahaya syirik quburiyyah, agar umat selamat dari azab Api Neraka jahannam yang kekal abadi. Mereka hendaklah berani dan tegas, tidak lemah, bisu, atau takut dalam menyatakan kebenaran. Menyatakan syirik adalah syirik, penyembahan kepada selain Allah adalah kufur akbar.
.
Adakah para penyembah kubur dimaafkan dan diuzurkan kerana jahil?
.
Jawapannya,

Tidak diuzurkan kerana keharaman menyembah selain Allah sangat jelas dalam kalimah syahadah, sangat terang dan banyak dalam al-Quran. Haram menyembah atau berdoa kepada selain Allah adalah asas islam. Jahil dalam asas aqidah yang sangat jelas adalah tidak dimaafkan. Penyembah kubur adalah kafir musyrik murtad. Menjadi kafir sesiapa yang tidak mengi’tiqadkan kekufuran golongan quburiyyin musyrikin. Tiada jalan pulang melainkan dengan ilmu tawhid yang sahih dan taubat nasuha.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا(56)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
اللهم اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدِينَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا ، وَلِجَمِيعِ المسلمينَ والمسلماتِ وَالمؤمنينَ وَالْمؤمناتِ ، الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ،
اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا ، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلامِ ، وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهْرَ مِنْهَا وَمَا بَطْنَ ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَأَزْوَاجِنَا ،
اللهمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا وَسَادَتَنَا وَكُبَرَائَنَا وَوُلَاةَ أُمُورِنَا ، وَ وَفِّقْهُمْ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى ،
اللهم أَصْلِحْ لَنَا دِينَنَا الَّذِيْ هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا ، وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الَّتِيْ …فِيهَا مَعَاشُنَا ، وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِيْ إِلَيْهَا مَعَادُنَا ، وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِيْ كُلِّ خَيْرٍ ، وَاجْعَلِ الْمَوتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ ،
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ ، وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا ، رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ (10)
اللَّهُمَّ إنِّا نَسْأَلُكَ الهُدَى وَالتُّقَى، وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى ،
اللَّهُمَّ إِنّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ ، وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ ‏"
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ (23)
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ
(آل عمران - 8)
يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّت قلوبَنَا عَلَى دِينِكَ
اللَّهُمَّ إِنّا نعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَنعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَنعُوذُ بِكَ مِنَ الْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، وَنعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجالِ))([مسلم
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (201)
عِبَادَ اللهِ ،
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْلِ وَٱلْإِحْسَٰنِ وَإِيتَآئِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ وَٱلْبَغْىِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
(النحل - 90)
فاذكروا اللهَ الْعظيمَ يذكرْكم ، واشْكروه على نِعَمِهِ يزدْكم ، واسالوه مِن فضلهِ يُعْطِكم ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ ، واللهُ يعلمُ مَا تَصْنَعُونَ



Comments