Golongan Kanan Dan Kiri.

OLEH: Ustaz Amad Fauzan

GOLONGAN KANAN DAN KIRI 

Barangkali Allah zahirkan lidah si ustaz Serban itu untuk mengaku mengikut dan manyukai golongan kiri dari mengikut golongan kanan..atau mengikut Guru (yang kiri ) lagi baik dari ikut Rasul (yang kanan) Walhal kanan itu satu kelompok dan hal yang mulia di dalam Al-Quran mahupun Al-Sunnah.

Allah telah mengibaratkan hal ini..

وَكُنْتُمْ أَزْواجاً ثَلاثَةً () فَأَصْحابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحابُ الْمَيْمَنَةِ () وَأَصْحابُ الْمَشْئَمَةِ ما أَصْحابُ الْمَشْئَمَةِ ()

"iaitu golongan yang KANAN. Alangkah mulianya golongan KANAN itu. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. (Al-Waqi'ah : 7-9)

Bahkan ALlah mengangkat lagi golongan kanan pada akhir surah AL-Waqiah :

وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ ؛ فَسَلَامٌ لَكَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ
"Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan, maka keselamatanlah bagimu kerana kamu dari golongan kanan"

Bahkan sekali lagi Allah memberi contoh golongan yang menerima kitab amalan dari sebelah kanan dan kiri...

فَأَمَّا مَنْ أُوْتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِيْنِهِ (7) فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيْرًا (8) وَيَنْقَلِبُ إِلَى أَهْلِهِ مَسْرُوْرًا (9)

“Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia akan dihitung dan dihisab dengan hisabn yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.” (Al-Insyiqaaq: 7-9)

وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُوْلُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوْتَ كِتَابِيَهْ

Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kiri, maka dia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku) (AlHaaqah : 25)

Maka tidak hairanlah jika ustaz berhaluan kiri ini dengan penuh keyakinan menggunakan perumpamaan untuk mengikuti golongan kiri kerana dia juga sedar, secara fitrah Rasulullah hanya berhak untuk berada di dalam kelompok sebelah kanan. هدانا الله واياه.

Biarlah kami dengan jalan kanan kami Ustaz. semoga Ustaz membuat pusingan u-turn agar dpt mencari petunjuk jalan yang kanan iaitu mengikuti Nabi dari jalan yang kiri itu. 

Abu AlYamin ☺️
Shah Alam.



Comments