Bacaan Qunut Witir Pada Malam 16 Ramadan

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli


1- Mulai malam ini (16 Ramadan), kita disunatkan membaca doa qunut di dalam solat witir.

2- Imam Al-Nawāwi (w. 676 h.) berkata :

Disunatkan qunut dalam solat witir pada separuh terakhir bulan Ramadan.

Rujuk Raudhah Al-Thālibin (1/330)

3- Ini termasuk bahagian dari usaha untuk mendapatkan malam Al-Qadr (Lailat Al-Qadr) dengan berhujahkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah Ibn Unais R.A, beliau bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W tentang malam Al-Qadr, maka baginda menjawab :

فَتَحَرّهَا فِي النِّصْفِ الآخِر

Maksudnya : Maka carilah ia (malam Al-Qadr) pada separuh yang terakhir (dari bulan Ramadhan).

Riwayat Al-Tabarani (347) dalam Al-Mu’jam Al-Kabīr (13/141)

4- Imam Ibn Rajab Al-Hanbali (w. 795 h.) berkata :

ولهذا المعنى والله أعلم كان أبي بن كعب يقنت في الوتر في ليالي النصف الأواخر لأنه يرجى فيه ليلة القدر 

Maksudnya : Oleh kerana itulah - wallahu a’lam - Ubai Ibn Ka’b R.A dahulu membaca doa qunut dalam solat witir pada malam-malam separuh yang terakhir (dari bulan Ramadan) kerana diharapkan padanya berlaku malam Al-Qadr.

Rujuk Lathā’if Al-Ma’ārif, Ibn Rajab (1/176)

والله الموفق



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments