Himpunan Kata-Kata Hikmah Menjelang Kedatangan Bulan Ramadan Al-Mubarak

OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli

1- Rasulullah ﷺ bersabda :

وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِر

Maksudnya : (Pada malam pertama Ramadan) akan ada penyeru yang menyeru : “Wahai orang yang mencari kebaikan, marilah mendekat. Wahai orang yang mencari kejahatan, berhentilah”.

Riwayat Al-Tirmizi (682)

2- Rasulullah ﷺ bersabda :

 إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ 

Maksudnya : Apabila datangnya bulan Ramadan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan para syaitan dirantai.

Riwayat Muslim (1079)

3- Al-Imam Ibn Syihab Al-Zuhri apabila masuknya bulan Ramadan beliau berkata :

فَإِنَّمَا هُوَ تلاوةُ القرآن وَإِطْعَامُ الطَّعَام

Maksudnya : Sesungguhnya bulan Ramadan merupakan bulan pembacaan Al-Quran dan bulan memberi makan.

Rujuk Lata’if Al-Ma’arif, Ibn Rajab (1/171)

4- Ibn Abd Al-Hakam berkata :

كَانَ مَالِك إذَا دَخَلَ رَمَضَان يَفِرُّ مِن قِراءَةِ الحَدِيثِ وَمُجَالَسَةِ أهلِ العِلْمِ وَأَقْبَلَ عَلَى تِلَاوَةِ القرآن من المصحَفِ

Maksudnya : Imam Malik apabila masuknya bulan Ramadan, beliau akan meninggalkan pembacaan hadis dan bermajlis dengan para ulama, dan beliau beralih kepada (memfokuskan diri) dengan pembacaan Al-Quran daripada mushaf.

Rujuk Al Lata’if (1/171)

5- Kata Al-Hafiz Ibn Rajab :

وكان للشافعي فِي رَمَضَانَ سِتُّون ختمة يقرؤها في غيرِ الصَّلاةِ

Maksudnya : Al-Imam Al-Syafie pada bulan Ramadan beliau mengkhatamkan bacaan Al-Quran sebanyak 60 kali yang beliau bacanya di luar solat.

Rujuk Al Lata’if (1/171)

6- Kata Al-Hafiz Ibn Rajab :

واعلم أن المؤمن يجتمع له في شهر رمضان جهادان لنفسه: جهاد بالنهار على الصيام وجهاد بالليل على القيام فمن جمع بين هذين الجهادين ووفى بحقوقهما وصبر عليهما وفى أجره بغير حساب

Maksudnya : Ketahuilah bahawa seorang mukmin itu terhimpun pada dirinya dua jenis jihad di dalam bulan Ramadan. Pertama adalah jihad pada waktu siang dengan berpuasa. Manakala kedua adalah jihad pada waktu malam dengan melakukan qiyam (solat tarawih). Maka sesiapa yang menghimpunkan antara dua jihad ini dan menunaikan hak keduanya serta bersabar dalam melakukannya, maka sesungguhnya akan diberi ganjaran pahala kepadanya dengan kadar yang tidak terhitung besarnya.

Rujuk Al Lata’if (1/171)

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak bagi tahun 1442 h. Semoga Allah S.W.T menerima amal soleh kita semua. Ameen.


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments