Mempersendakan Nama Allah Atau Memimik Bunyi H@iwa&?

OLEH: Ustaz Idris bin Sulaiman.


Walau apa pun jawapannya perbuatan sedemikian tetap buruk. 

Tidak wajar sama sekali nama Allah ﷻ diperlakukan sedemikian. Jauh sekali hendak berzikir dan memperbesarkan Allah ﷻ dengan cara begitu. 

Kelihatan sebaliknya seperti mempermainkan nama Allah ﷻ dan mengubah-ubahnya.  

Andai diucapkan beribu kali pun ia tidak akan membawa apa-apa makna kerana Nabi ﷺ dan para Sahabat tidak pernah berzikir sedemikian. Walhal mereka menjadi contoh bagi setiap Muslim. 

Jika seseorang itu hendak memeluk Islam lalu dia mengucapkan sedemikian nescaya keislamannya paling tidak akan diragui jika bukan ditolak sama sekali. 




Jelasnya mereka yang berzikir seperti ini adalah golongan tersimpang yang Allah ﷻ nyatakan sifat mereka dalam Al-Quran melalui firmanNya: 

ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا.

“Orang-orang yang telah mensia-siakan amal usaha mereka dalam kehidupan di dunia ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka melakukan sesuatu yang baik.” 

[Al-Quran, al-Kahfi, 18:104]

Apa jua bentuk zikir yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi ﷺ dan para Sahabatnya maka ia adalah tertolak dan tidak diterima Allah ﷻ. Malah diancam dengan dosa kerana menyalahi as-Sunah. 

Sabda Nabi ﷺ: 

وإيَّاكم ومحدَثات الأمور، فإن ‌كلَّ ‌بدعة ‌ضلالةٌ.

“Hendaklah kalian menjauhi perkara-perkara baharu (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap bidaah (pembaharuan dalam agama) ialah kesesatan.” 

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Sabdanya ﷺ:

مَنْ ‌أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

"Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (agama) maka ia adalah tertolak."

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim] 

Sabdanya ﷺ lagi: 

مَنْ ‌عَمِلَ ‌عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

"Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak." 

[Sahih. Riwayat Muslim] 

Daripada Allah ﷻ jua kita memohon petunjuk panduan. 

[Gerakan PENA Malaysia]


Comments