Bahaya Kelompok Modernis - Ikhwanis - Tajdidis Kepada Pemahaman dan Cara Beragama Umat Islam

OLEH: Ustaz Abu Najla' Fariz Zainal

1. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS selalu kabur pada isu fundamental malah sering menyibukkan umat dengan perkara yang merugikan. Mereka menjungkirbalikkan isu pokok dengan isu cabang, serta mengedepankan kehendak manusiawi dalam memahami khitab Ilahi berbanding petunjuk Nabawi.

2. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS menyibukkan umat dengan isu yang khilafiah dalam mazhab, namun seringkali ketinggalan dalam isu hak Allah yakni - Tauhid (isu-isu kesyirikan dalam pelbagai bentuk yang lama dan baharu yang masih berleluasa - bomoh / ramalan / sihir / pemujaan qubur / pengagungan melampau terhadap tokoh / ada perantara antara hamba dan Allah dll)

3. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS seringkali menumpukan usaha pada dosa dan kesalahan pemimpin, mengangkat hak rakyat, namun seakan-akan lupa pada - Pembatal-pembatal iman seperti (isu mempersenda agama, meremehkan agama, membenci arahan Allah dan Rasul, tidak mengkafirkan orang kafir, mengatakan ada orang yang tidak terikat dengan syariat, mengutamakan hukum selain hukum Allah, membantu musyrikin melawan muslimin dll)

4. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS selalunya sibuk dengan program memperbaharui cara beragama dan berhukum, sehingga menjadi sangat keliru dalam manhaj talaqqi. Aqal yang sihat tidak bertentang dengan Naqal yang sahih (isunya apabila akal yang sudah dimasuki fitnah bertembung dengan naqal, maka didahulukan aqal), 

5. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS memandang enteng peranan hadith-hadith Ahad dalam beragama sehingga menolak - Hadith Ahad sebagai hujjah dalam aqidah (isunya ada yang menolak kehujahan hadith Ahad dalam hal aqidah), 

6. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS juga sebahagiannya memandang bahawa amalan tidak termasuk dalam penamaan dan hakikat keimanan, bahkan menerima kelompok "Iman dalam hati" sebagai sebahagian daripada jalan beragama. Ini kerana mereka tidak faham bahawa - Iman itu qaul dan amal (tidak seperti mereka yang berpegang iman hanya dalam hati, perbuatan tidak merosakkan iman).

7. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS juga mudah terpedaya dengan tipudaya Muktazilah Jahmiyyah bahkan orientalis, sehingga ada yang mempertikai kepelbagaian qiraat yang mutawatir. Tidak seperti Ahli Sunnah yang berpegang bahawa - Al Quran adalah kalam Allah bukan makhluk (juga isu mengiktiraf Al Quran itu kalam nafsi), 

8. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS juga zahir penyimpangannya dalam Sifat-Sifat Allah apabila ada yang mentakwilnya sepertimana Muktazilah. Tidak seperti Ahli Sunnah yang mana Sifat-sifat Allah diketahui maknanya, dan tidak diketahui kaifiyatnya (isu mentafwid atau mentakwil makna sifat Allah), 

9. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS juga sangat berani merubah maksud asal hukum hakam bahkan sehingga menentang ijmak. Mereka meninggalkan panduan salafussoleh serta imam-imam mazhab dalam hukum-hakam seperti isu tasyabbuh bil kuffar (ramai buat-buat lupa) dan banyak lagi.

10. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS adalah penyambung usaha kolonial dalam memecahbelahkan umat dan menghalang kesatuan atas akidah yang sahih. Ahli Sunnah Wal Jamaah sentiasa memberi keutamaan pada kesatuan umat Islam atas aqidah yang sahih dan perlunya menjauhi pecah belah akibat kepuakan / hizbiyah dll.

11. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS adalah perosak cara beragama umat. Mereka memandang tiada masalah untuk bersekali berdoa bersama kuffar dalam upacara mereka. Mereka tiada masalah memperjuang hak-hak kelompok Kaum Lut walaupun mereka tidak mengamalkannya. Mereka meremehkan ijmak dan hukum hakam murtad dan hudud. Mereka sanggup merubah hukum pewarisan atas nama kesaksamaan gender. Mereka menunggang konsep maqasid, wasatiyyah, keadilan, dan kerahmatan demi agenda dunia.

12. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS memalingkan pandangan umat daripada akidah dan manhaj salafussoleh, kepada mencari keredaan manusia melalui isu hak asasi dan memenangi kerusi, dengan cara mencairkan keyakinan pada ijmak salafussoleh dan merombak panduan para imam pendahulu. 

13. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS berpegang pada prinsip batil iaitu bekerjasamalah pada hal yang disepakati dan sailing memberi keuzuran pada perkara yang tidak disepakati. Bunyinya manis namun hakikatnya adalah kebatilan. Sehingga sanggup mencairkan prinsip ajaran Salaf, demi meraih kepentingan dunia.

14. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS tiada masalah mengangkat tokoh di kalangan ahli bid'ah sebagai sumber ilmu bagi mereka, memberi platform di pentas awam kepada mereka, malah secara tidak langsung memberi endorsement kepada pegangan dan amalan ahli bid'ah.

15. MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS akan memperlekeh para ulama', asatizah, du'at dan Institusi dakwah Salafiyah dengan gelaran-gelaran buruk, celaan-celaan hina, berita-berita dusta. Malah menjadi batu api di kalangan umat Islam dengan menghasut baik secara terang mahupun halus, agar membenci mereka yang tegar dengan Salafiyah dan panduan kibar ulama'.

16. Benar, ramai di kalangan MODERNIS--IKHWANIS--TAJDIDIS menyeru kepada Quran dan Sunnah, tetapi bukan di atas kefahaman Salaf, apatah lagi dengan kibar ulama' Salafi zaman kini.

Hanya kepada Allah kita memohon keselamatan, dan kesejahteraan.

Wallahua'lam.


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments