Dalil 'Uluww Allah (Ketinggian ALLAH Dengan ZatNYA Di Atas Segala Makhluk, Di Atas Alam)

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Termasuk dalil ‘uluww Allah (ketinggian ALLAH dengan zatNYA di atas segala makhluk, di atas alam) ialah 

Firman Allah dalam 

Surah Fatir : ayat 10, 

إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ ، وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ، وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ

“...kepadaNya lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amalan yang salih Dia mengangkatnya...”. (Surah Fatir: ayat 10). 

Ini menunjukkan bahawa ALLAH berada di tempat yang tinggi (di atas ‘Arsh) sehingga kalimah yang baik dan amal salih naik kepadaNYA Yang Maha Tinggi di tempatNYA yang tinggi.

Surah al-Sajdah : Ayat 5, 

يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَآءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

“Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari...” (Surah As-Sajdah : ayat 5). 

Dalam Surah al-Mulk : ayat 16, dan 17, ALLAH menegaskan ketinggianNYA di atas langit yang ke tujuh, di atas segala makhluk, maha tinggi di atas langit. 

أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَآءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ 

“Apakah kamu merasa aman terhadap ALLAH yang di atas langit bahawa DIA menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga tiba-tiba bumi itu bergoncang.” (Surah al-Mulk: ayat 16) 

.

أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَآءِ أَنْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا... [الملك: 17]

“Atau tidakkah kamu takut kepada ALLAH yang di atas langit menghantar ke atas kamu batu-batu…” (Surah al-Mulk : ayat 17). 

Dalam dua ayat berturut-turut Allah menyebut sifat ‘uluww ZatNYA.

[Gerakan PENA Malaysia]



Comments