Rumah Allah Sentiasa Terbuka

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli


Rumah yang sentiasa terbuka kepada para tetamu tanpa mengira bulan baik Syawwal, Zul Qa’dah dan selainnya adalah rumah Allah SWT, iaitu masjid.

Sekarang ini di beberapa tempat, kehadiran jemaah di masjid dan surau telah berkurangan berbanding semasa Ramadan. Ini hakikatnya, suatu situasi yang menyedihkan.

Ketahuilah bahawa Allah SWT amat suka, gembira, serta akan memuliakan para tetamu yang berkunjung ke rumah-Nya.

Kata Nabi SAW :

مَن توضأَ في بيتِه فأحسنَ الوضوءَ ، ثُم أتَى المسجدَ فهو زائرُ الله ، و حَقٌ على المَزورِ أنْ يُكرمَ الزائِرَ

Maksudnya : Sesiapa yang berwuduk di rumahnya, lalu dia memperelokkan wuduk, kemudian dia datang ke masjid, maka dia merupakan seorang yang menziarahi Allah. Dan menjadi satu hak (tuntutan) ke atas yang diziarahi untuk memuliakan yang menziarahi.

Riwayat al-Munziri dalam al-Targhib wal-Tarhib.

Ayuh kembali ke masjid. Ayuh berkunjung ke rumah Allah SWT yang sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kehadiran kita.

Kunjungan ke rumah terbuka kawan dihidangkan makan untuk kekenyangan tubuh badan. Manakala kunjungan ke rumah Allah diisi dengan ibadah yang mengenyangkan serta menguatkan qalbu (jantung hati).


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments