Rad Ke Atas Ustaz Don: Isu-Isu Khilafiah

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


Kata seorang penceramah: 

“Benda khilaf kita diam sahaja, tidak perlu tegur kerana ia belum tentu mungkar.”

Kenyataan di atas perlu disemak semula. 

Sikap toleransi dan berlapang dada dalam isu-isu khilafiah dianjurkan tetapi dalam masa yang sama budaya ilmu dan perbincangan ilmiah perlu disuburkan. 

Usaha mendekatkan masyarakat kepada Sunah Nabi ﷺ menerusi hadis-hadisnya yang sahih tidak wajar dihalang. 

Demikian menjelaskan kepada masyarakat tentang hadis-hadis daif apatah lagi yang palsu di samping pendapat-pendapat yang disandarkan kepadanya perlu ditingkatkan.

Adapun sikap taksub dan taklid buta kepada mana-mana pendapat hendaklah ditinggalkan. 

Ini kerana setiap Muslim diperintahkan supaya berpegang kepada Al-Quran dan hadis yang sahih di samping memastikan segala amalan bersandarkan kepada dalil-dalil al-Sunah. 

Pendek kata, agama Islam berdiri atas prinsip nasihat di mana Muslimin saling nasihat-menasihati dan tegur-menegur antara sesama mereka.  

Firman Allah ﷻ: 

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ. 

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebaikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara dosa dan penindasan.” 

[Al-Quran, al-Ma’idah, 5:2]


Sabda Nabi ﷺ: 

الدِّينُ ‌النَّصِيحَةُ.

“Agama itu nasihat (tulus murni).”

[Sahih. Riwayat Muslim] 


Dan sabdanya ﷺ: 

مَنْ ‌رَأَى ‌مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَان.

“Barang siapa melihat satu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dengan lisannya. Dan jika dia tidak mampu maka hendaklah dengan hatinya dan itu merupakan selemah-lemah iman.” 

[Sahih. Riwayat Muslim] 

Nas-nas di atas menegaskan keperluan Muslim untuk saling tolong-menolong antara sesama mereka dalam hal-hal kebaikan dan ini termasuklah dalam menyebarkan ilmu agama, berdakwah, menjelaskan kebenaran dan menyingkap kebatilan. 


Daripada Allah jua kita memohon petunjuk hidayah. 


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments