OLEH : Ustaz Abu Azzam
.
Ahli Kalam mempunyai shirkiyyat, kufriyyat dan nawaqidh (pembatal-pembatal Islam). Antaranya ialah
1-Memperkatakan tentang zat Allah, sifat dan berita tentang Allah tanpa ilmu. Ini adalah syirik akbar yang sangat besar. Perbuatan sama seperti mengikuti hasutan syaitan yang terbesar yang menyuruh kepada su’ (kejahatan yang hodoh), fahsha’ (kekejian seperti zina, arak, qazf, bakhil dan semua jenayah hudud) dan berbicara tentang Allah tanpa ilmu. (Al-Baqarah: 169). Berkata Ibn Kathir, masuk dalam ayat ini semua kafir musyrik dan mubtadi’.
Allah swt berkata,
قُلْ اِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالْاِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَاَنْ تُشْرِكُوْا بِاللّٰهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهٖ سُلْطٰنًا وَّاَنْ تَقُوْلُوْا عَلَى اللّٰهِ مَا لَا تَعْلَمُوْنَ
Katakanlah (Muhammad), “Tuhanku hanya mengharamkan segala perbuatan keji yang terlihat dan yang tersembunyi, perbuatan dosa (peribadi), perbuatan zalim tanpa alasan yang benar (terhadap orang lain), dan (mengharamkan) kamu mempersekutukan Allah dengan sesuatu, sedangkan Dia tidak menurunkan alasan untuk itu, dan (mengharamkan) kamu membicarakan tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-A’raf: 33)
Contoh mengatakan tentang Allah tanpa ilmu ialah mengatakan “Allah tidak bertempat tidak bermasa, tidak berwajah tidak bertangan, tidak tinggi di atas langit ke 7 dan tidak istiwa’ di atas arasy.” Kemudian mengkafirkan pula orang yang beriman kepada sifat-sifat Allah tersebut.
Mengatakan tentang nama-nama ALLAH, sifat-sifatNYA, perbuatan-perbuatanNYa, taqdirNYA dan syariahNYA tanpa ilmu. Ini termasuk syirik akbar terbesar.! Suatu kezaliman, biadab kepada Allah, mengubah agama Allah dan syariahNYA.
.
2-menafikan Sifat Allah dengan melakukan tahrif (tafsiran sesat dan menyeleweng). Sekiranya mereka tetap menafikan Tangan Allah, wajahNYA, istiwa’NYA di atas arasy, ‘uluww (ketinggianNYA) atas segala makhluk, turunNYA ke langit setiap malam dan lain-lain sifat setelah ditegakkan hujjah, maka solat mereka tidak sah, tidak sah solat di belakang mereka dan sembelihan mereka adalah bangkai. Tidak harus mereka dilantik sebagai imam.
.
3-Menyerahkan sifat Allah secara mutlaq (tafwidh mutlaq), dengan mengatakan tiada satu makhluk yang mengetahui tentang makna sifat-sifat Allah. Hakikatnya ini adalah ta’til (pengosongan) dan penafian terhadap sifat-sifat Allah, yang akhirnya membawa penafian zat Allah
[Gerakan PENA Malaysia]
.
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan KLIK DI SINI
Comments
Post a Comment