OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Reinkarnasi punya banyak nama bergantung kepada zaman atau bahasa. Nama lainnya adalah 'tanasukh al-arwah' atau 'persalinan roh' adalah 'penitisan roh' atau metempsychosis.
Reinkarnasin adalah satu konsep mengenai persalinan roh dimana roh-roh dari jasad yang telah mati akan berpindah masuk ke dalam jasad baharu.
Konsep ini selalu menafikan alam syurga dan neraka. Kerana pemberian nikmat dan pembalasan hukuman hanya berlaku di alam dunia.
Konsep ini sebenarnya berasal dari agama ardhi alias agama yang suci murni muncul dari pemikiran manusia seperti Buddha, Jaina, Sikh, Hindu dan kebanyakan agama Pagan (tradisional) seperti Mesir Purba dan Yunani.
Awal penggunaan kata 'pagan' itu adalah merujuk kepada 'agama tradisi' sebelum kemunculan agama Nasrani. Dimana agama-agama ini bersifat animisme atau politeisme. Oleh itu dapat dikatakan hampir semua Agama Bumi tergolong dalam agama Pagan.
Keyakinan persalinan roh adalah keyakinan sesat lagi kufur. Namun aqidah batil ini ada diimani oleh sekelompok aliran Sufi dan Syiah.
Suatu hal yang perlu kita ketahui adalah Sufi itu hanya muncul setelah Islam berkembang lalu banyak menerima kemasukan masyarakat pagan ke dalam Islam lalu membawa saki baki pemikiran dari agama lama mereka untuk membentuk ajaran baru.
Sedangkan asal muasal Syiah itu bermula dari konspirasi Abdullah bin Saba, seorang Yahudi yang memeluk Islam pada zaman Khalifah Utsman. Matlamatnya persis sama seperti Saulus a.k.a Paulus - ejen rahsia Yahudi - yang 'beriman' kepada kerasulan Nabi Isa dengan matlamat menjahanamkannya.
Oleh itu dapat dilihat betapa banyak ajaran Kristian berlawanan dengan ajaran Nabi Isa a.s. Begitu pula dengan Syiah dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam falsafah Yunani, reinkarnasi lebih dikenal sebagai 'metempsychosis'. Faham Reinkarnasi ini merupakan keyakinan kaum Yunani kuno. Inilah aqidah tokoh besar Yunani yang terkenal hingga hari ini seperti Pythagoras, Socrates, Plato, dan Homer.
Antara karya Yunani yang jodolnya terkenal hingga hari ini adalah Odyssey dan Iliad milik Homer. Dalamnya keyakinan reinkarnasi diungkap dengan banyak.
Begitu juga Plato dengan Mitos Er (The Myth of Er) yang ada di dalam bukunya berjudul Republik. Kisah mitos ini mempengaruhi pemikiran agama, falsafah dan saintifik selama berabad-abad lamanya.
Walaupun Plato dan gurunya (iaitu Socrates) mengimani persalinan roh, namun murid Plato iaitu Aristotle menolak konsep tersebut. Dia terkenal dalam pengembangan aliran falsafah di kalangan umat Islam sehingga dipanggil sebagai ‘Guru Pertama’. Sementara itu ‘Guru Kedua’ dinobatkan kepada Al-Farabi akibat banyak mengembangkan falsafah Aristotle. Kesan dari mengambil falsafah Yunani ini melahirkan dua kelompok iaitu Ahli Kalam dan Ahli Falsafah.
Walaupun Ahli Kalam dan Ahli Falsafah di dunia Islam mengambil jalan pemikiran Aristotle dalam membangunkan kerangka aqidah namun mereka itu punya sedikit perbezaan.
Beza antara Ahli Kalam dan Ahli Falsafah dalam Islam adalah Ahli Kalam menggabungkan aqal (logika) dan naqal (dalil) dalam membangun aqidah, dengan dimenangkan logika atas dalil. Lalu datang Ahli Falsafah membantah dengan mengatakan “jika aqal lebih unggul dari naqal, maka naqal sudah tidak perlu dalam hal aqidah”.
Lantaran itulah para ulama muktabar sepakat menyesatkan Ahli Kalam dan Ahli Falsafah. Kesesatan mereka bukan sekadar menggunakan Logik Silogime dalam menimbang hal-hal keimana, tetapi hasil daripada logika tersebut menghasilkan konsep ketuhanan yang batil.
Satu contoh adalah konsep Allah itu tidak boleh memiliki tujuan, kerana jika Allah memiliki tujuan menatijahkan Allah itu tidak bersifat sempurna tatkala telah berhasil mencapai tujuan tersebut. Padahal dalam Al-Quran terlalu banyak dijelaskan tujuan sesuatu perbuatan Allah.
Begitu juga Allah itu harus statik, tidak boleh dinamik. Kerana sifat dinamik itu adalah sifat tidak sempura. Maksud statik itu adalah sifat Allah tidak boleh berubah-ubah, atau berpindah-pindah. Jika berpindah-pindah, atau berubah-ubah maka ia dianggap punya sifat dinamik.
Contohnya adalah jika Allah membenci seseorang dan dalam masa yang sama juga mencinta orang lain, maka ini dinamik dan menunjukkan ketidaksempurnaan Allah. Oleh itu sifat marah, benci, rida, sayang Allah wajib ditakwil. Begitu juga Allah tidak boleh turun ke langit dunia pada sepertiga malam. Ini sifat yang dinamik dan tidak sempurna pada Ahli Kalam. Maka ia harus ditakwil.
Hasilnya hanya ada 7 sifat Allah yang diterima oleh Ahli Kalam, yang mana ia dikenal sebagai Sifat Ma’ani. Sementara sifat yang lain akan ditakwil (diubah maknanya) atau di’tafwhid’kan (dianggap tidak diketahui akan maknanya).
Kembali kepada soal reinkarnasi, ada dari sekte Agama Syiah yang beriman kepada konsep ini, seperti Syiah Hasyimiyah yang merupakan salah satu cabang dalam Syiah Imamiyah.
Mereka percaya roh-roh saling berpindah dari satu tubuh kepada tubuh yang lain sama ada tubuh manusia atau binatang. Muhammad bin Zakaria Al-Razi - salah seorang tokoh mereka yang juga merupakan seorang tabib - berkata “Andaikata jika tidak ada cara lain untuk melepaskan roh dari jasad yang berupa binatang kepada jasad yang berupa manusia melainkan dengan cara pembunuhan dan penyembelihan, nescaya tidak harus sama sekali disembelih binatang-binatang”.
Agama Qadiyani atau dikenal juga sebagai Ahmadiyah juga beriman kepada tanasukh al-arwah. Mirza Ghulam Ahmad dari Qadian, India. Ghulam Ahmad mengajarkan penganut agama ciptaannya tentang perpindahan roh para nabi. Pengkaji berpendapat Ghulam Ahmad cuba untuk meyakinkan pengikutnya tentang keterkaitan dirinya dengan para nabi terdahulu.
Kita tidaklah menggali terlalu dalam tentang sejarah faham reinkarnasi ini, namun ada pandangan yang mengatakan faham tersebut disebarkan oleh agama Hindu. Dibawah ini kita memetik sedikit dari teks agama Hindu:
"Banyak kelahiran-Ku di masa lalu, demikian pula kelahiranmu Arjuna. Semuanya ini Aku mengetahuinya, tetapi engkau sendrii tidak, wahai Arjuna" (Bhagawad Gita IV.5)
“Ibarat orang meninggalkan pakaian lama dan menggantinya dengan yang baru, demikian jiwa meninggalkan badan tua dan memasuki jasmani baru” (Bhagawad Gita II.22)
Konsep ini sangat bertentangan dengan aqidah Islam. Antara dalilnya adalah:
“Dia (orang kafir yang sekarat) berkata,” Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal sholeh terhadap yang telah aku tinggalkan”. Sekali-kali tidak ! Sesungguhnya itu adalah perkara yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan”. (Al-Mu’minun: 99-100).
Terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan roh tidak akan berpindah-pindah, sebaliknya roh yang keluyar dari orang mati akan disiksa atau diberi nikmat di alam kubur.
Dari Al-Bara’ bin ‘Azib, Rasulullah saw bersabda, “Jika seorang muslim ditanya di dalam kubur, ia akan berikrar bahawa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, maka inilah tafsir ayat: ‘Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.’ ” (HR. Al-Bukhari)
[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Comments
Post a Comment