Bukan Malahidah Atheist Tetapi Berperangai Malahidah

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Terdapat GOLONGAN2 yang berperangai seperti golongan ilhad, jahat dan kejam, walau masih beriman kepada Allah dan islam.

Berperangai seperti atheist, menghalalkan zina, pelacuran dan lgbt - lesbian,  liwat, biseksual, transgender, menonton filem atau gambar lucah, tanpa takut kepada Allah, tanpa bertaubat.

Melakukan jenayah-jenayah kejam, seperti membunuh, melucah, membakar, merogol, qazf dll. Seolah-olah tidak beriman kepada Allah, Nabi, dosa pahala, dan syurga neraka.

Perangai atheist sangat bahaya kepada masyarakat dan negara, dan amat berat hukumannya dan azabnya di Akhirat.

Kerana pemikiran ilhad tidak bertuhan, mereka akan berbuat zalim sewenang-wenangnya, mengikuti nafsu dan emosi sesuka hati.


Rasulullah saw bersabda,

“Sesungguhnya Allah menangguhkan hukuman ke atas orang zalim, tetapi tidak akan melepaskannya (orang zalim). Apabila DIA menghukum nya DIA tidak akan melepaskan nya, dengan azab yang sangat pedih dan berat.”

وعن أَبي موسى  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّه ﷺ: إِنَّ اللَّه لَيُمْلِي لِلظَّالِمِ فَإِذَا أَخَذَهُ لَمْ يُفْلِتْهُ، ثُمَّ قَرَأَ: وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ [هود:102] مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

(Sahīh muttafaq ‘alayh).


Si atheis juga akan membunuh sesuka hati, tanpa takut kepda Allah dan azabNYA, dalam api neraka Jahannam, kekal di dalamnya, dia dimurkai, Allah, dilaknat dan disediakan baginya azab yang sangat besar.

وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَآؤُهُۥ جَهَنَّمُ خَٰلِدًا فِيهَا وَغَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُۥ وَأَعَدَّ لَهُۥ عَذَابًا عَظِيمًا

(النساء - 93)

Si atheis akan memakan harta yang haram, merampas atau merosakkan harta orang lain tanpa rasa bersalah sedikit pun. Di Akhirat, ia akan memakan api dalam perutnya dan masuk ke dalam api neraka jahannam, dibakarnya di dalam dengan dahsyat.

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَٰلَ ٱلْيَتَٰمَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِى بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

(النساء - 10)


[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments