Dr Idris Sulaiman: Penafian Afiliasi Politik

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman




- UMNO & Hizbi

Sekian lama saya mendengar cakap-cakap yang mengatakan bahawa Ustaz Idris Sulaiman orang parti UMNO yang menerima dana tertentu daripadanya dan beliau seorang ‘hizbi’.

-------------------

Pengertian Hizbi:

http://gerakanpenamalaysia.blogspot.com/2021/08/hizbi.html

-------------------

Seingat saya cakap-cakap ini sudah mula sejak hampir 10 tahun lalu.

Saya tidak menyangka bahawa cakap-cakap ini bertahan sampai sekarang.

Atas nasihat sahabat yang juga seorang ustaz yang saya hormati mencadangkan supaya penafian ini dibuat.

Justeru saya tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menganggotai mana-mana parti politik sama ada UMNO atau lain.

Malah secara peribadi saya berpandangan bahawa seorang ustaz seharusnya bersifat 'apolitical' tidak menyertai mana-mana parti politik supaya bebas memberi pendapat tanpa sebarang keterikatan.

Saya turut tegaskan tidak pernah menerima apa-apa dana daripada mana-mana parti politik.

Apa jua dakwaan sebaliknya ialah keliru atau fitnah yang berniat jahat.

Dengan kedua-dua penafian di atas saya anggap bahawa dakwaan ‘hizbi’ akan tertolak dengan sendirinya.

Jika ada pihak mempertikaikan buku 'Pilihan Raya Malaysia' yang dikarang pada tahun 2018 maka saya cadangkan supaya ia ditulis agar jelas dan lebih mudah difahami. 

Penting kerana sehingga kini apa yang saya dengar hanya cakap-cakap tetapi poin sebenar masih samar-samar.

-------------------

Buku 'Pilihan Raya Malaysia':

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223844719057741&id=1588241794

-------------------

Adapun melemparkan tuduhan dan gelaran secara semberono maka semua mampu melakukannya tetapi ia bukan cerminan orang beriman [Al-Quran, al-Hujurat, 49:11].

Justeru saya berbesar hati mengingatkan supaya semua pihak berlaku adil kerana itulah yang menghampiri ketakwaan. 

Jangan kerana perbezaan pendapat menjadikan kita tidak dapat bersikap saksama.

Permasalahan ilmiah seharusnya diurus secara ilmiah; dengan dalil dan hujah.

Termasuklah dalam isu-isu politik dan yang lain.

Cakap-cakap serkap jarang sebaiknya dielakkan oleh Muslim apatah lagi yang mendakwa mendukung al-Sunah dan manhaj Salaf yang murni.

Kematangan berfikir, keterbukaan menerima pendapat khususnya yang bersifat ijtihad serta perbahasan yang berteraskan ilmu dan dalil itulah asas mengorak langkah ke hadapan.


CATATAN

Jadilah orang yang berilmu, orang yang menuntutnya atau orang yang mendengarnya, dan jangan jadi orang yang keempat nescaya engkau akan binasa. 

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments