Selebriti Parasit

 OLEH: Taufiq Tuah





Parasit seerti makna dengan perosak. Bukan semua selebriti perosak. Ada selebriti yang memberikan manfaat kepada orang lain. Tapi tetap wujud selebriti parasit yang kerjanya merosakkan bangsa dengan cara membunuh akhlak generasi muda.

1. Normal insan suka benda kelakar. Jadi ramai orang yg menonton TV rancangan komedi yang dibintangi oleh pelawak² tanah air. Peliknya, pelawak² selebriti ini se-wenang²-nya membuat lawak lucah sedangkan sedar penonton mereka ialah drpd pelbagai lapisan umur.

2. Akhirnya, org muda yg menonton merasakan lawak lucah sebagai hal normal. Lalu mereka sesama rakan sebaya pun melawak lucah juga. Ini ialah kesan drpd parasit selebriti.

3. Mereka akan canang "kau lah tak didik anak. Kenapa salahkan kami?". Sedangkan mereka yg sengaja mempromosikn budaya jijik itu dikhalayak TV. Bukan pada satu rancangan shj ttp di kebanyakan rancangan.

4. Lalu mereka menutup kesalahan dgn kata "saya maksudkan burung yg terbang, knp kau fikir burung yg lain?". Menganggap penonton yg menegur ni semua bengap tak faham niat 'double meaning' yg mereka sengaja bawakan.

5. Akhir-akhir ini ada selebriti yg sengaja mempromosikan rokok pula sambil ber 'cat walk'. Sengaja menonjolkan sifat keji itu dikhalayak ramai.

6. Lalu ada yg sokong & kata, "biar lah dia jadi dirinya sendiri". Sedangkn yg cuba dipengaruhi ialah anak bangsa kita sendiri. Kemudian mereka kata "Negara lain siap bawa arak lagi okeyy je". Cuba membandingkan bangsa kita dengan bangsa di negara yg memang jelas rosak budi.

7. Sebab mempromosikan kejijikan itu, ada anak muda kita yg sengaja ambil gambar berhembus asap rokok & vape lalu 'up' di-IG. Kononnya "cool & trendy". Dipengaruhi selebriti jijik ini.

8. Selebriti parasit juga lah yg promosikan judi online (octa ape tu), pakaian mencolok mata, langgar ikhtilat, perkataan kotor melalui muzik² yg sememangnya keji dll.

9. Anda selebriti? Jadilah selebriti yg memberi manfaat. Klau tak boleh bg manfaat, jgn pula bg mudarat. Anak bangsa ni esok anak bangsa anda juga. Jangan jadi selebriti parasit.

[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments