Buat Bidaah Berdosa?

 OLEH: Ustaz Idris Sulaiman


- "Takkan Allah akan mengazab aku kerana berzikir dan berdoa?!"

Dalam Musannaf Abdul Razak, ulama besar Tabiin, Saeed bin al-Musayyib melihat seorang lelaki memperbanyakkan solat sunat selepas terbit fajar maka beliau menegurnya. 

Lelaki itu membalas "Wahai Abu Abdullah (Saeed bin al-Musayyib), adakah Allah akan menyeksa aku kerana solat?" 

Beliau membalas "Tidak tetapi (Allah akan menyeksamu) kerana menyalahi al-Sunah!"

Demikian jawapan tuntas Saeed bin al-Musayyib. 

Ia merupakan jawapan padu buat mereka yang menokok tambah ajaran agama lalu melakukan amalan-amalan yang tiada contohnya dalam al-Sunah berupa zikir, selawat, doa, solat dan sebagainya.

Jika ditegur nescaya mereka akan menuduh lawan mereka melarang berzikir, berselawat, berdoa dan solat walhal apa yang dilarang ialah perbuatan mereka menyalahi al-Sunah.

Semoga Allah ﷻ merahmati Saeed bin al-Musayyib dan para penegak al-Sunah yang terus gigih mempertahankan al-Sunah dan membungkam amalan-amalan tokok tambah dalam masyarakat yang dinisbahkan kepada agama sedangkan agama berlepas diri daripadanya.

CATATAN

Jawapan ini boleh diberi kepada sesiapa yang mempertahankan amalan-amalan tokok tambah dalam masyarakat jika mereka berkata: 

"Takkan Allah akan mengazab aku kerana berzikir dan berdoa?!"

Jawapannya: 

"Tidak tetapi Allah akan mengazab engkau kerana menyalahi al-Sunah!"

[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments