Dr. Yousuf Al-Qaradawi: Beberapa Pendapat dan Kenyataannya Yang Menyimpang

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


1. Permusuhan antara Islam dan Yahudi hanya kerana perebutan tanah.

“Permusuhan antara kita dan Yahudi ialah kerana tanah sahaja, bukan kerana agama.” 

[al-Ummah al-Islamiyyah, hlm. 70]


2. Orang Kristian saudara beriman Muslim.

“Mereka saudara Kristian kita di mana kita beriman dan mereka juga beriman, dari sudut lain.”

[al-Syariah Wa al-Hayat: Ghair al-Muslimin Fi Dhil al-Syariah, 12 Oktober 1997]


3. Orang kafir yang mati mempertahankan negara turut disebut syahid. 

“Orang-orang Qibti (Arab Mesir Kristian) sudah berkurun-kurun lamanya ditindas  sampai ribuan daripada kalangan mereka yang mati syahid.” 

[al-Syariah Wa al-Hayat: Ghair al-Muslimin Fi Dhil al-Syariah, 12 Oktober 1997] 


4. Menyamakan antara Syiah Rafidah dengan Ahli Sunah.

“Orang-orang Syiah (Rafidah) juga Islam sekalipun mereka mempunyai beberapa perkara bidaah dan hal-hal yang kita ingkari atas mereka.” 

[Rancangan Soal Jawab Bersama Penonton, al-Jazeera, 12 April 1998] 


5. Tidak setuju dengan pengasingan tempat duduk antara lelaki dan perempuan. 

"Dukacitanya sejak tahun 70-an saya ke Amerika untuk menghadiri seminar-seminar Islam, saya dapati para hadirin wanita diasingkan di satu sudut manakala para hadirin lelaki di satu sudut lain.” 

“Sedangkan seminar-seminar seperti ini menjadi peluang untuk para pemuda melihat para pemudi dan berkenalan dengannya lalu sekiranya Allah membuka hati kedua-dua mereka maka akan terhasillah sebuah keluarga Islam."

[Rancangan al-Syariah Wa al-Hayat: Tahaddiyyat al-Mar’ah]


6. Mengharuskan nyanyian muzik dan meminati nyanyian beberapa artis wanita terkenal Mesir.

[al-Halal Wa al-Haram, hlm. 261 dan Majalan al-Raayah, no. 5969] 

“Penting bagi wanita untuk turut serta dalam bidang lakonan.” 

[Majalah al-Mujtama’, no. 1319, hlm. 44] 

“Saya telah mengkritik ramai artis kerana berundur diri (dari nyanyian dan lakonan).”

[Rancangan Soal Jawab Bersama Penonton, al-Jazeera, 12 April 1998] 


7. Berjabat tangan dengan wanita ajnabi.

Beliau secara peribadi tiada masalah berjabat tangan dengan wanita bukan muhrim. 

[Rancangan Soal Jawab Bersama Penonton, al-Jazeera, 12 April 1998] 


8. Hukuman hudud rejam sudah dimansuhkan.

Beliau berpandangan bahawa hukuman hudud rejam bagi penzina muhsan berasal daripada syariat Yahudi yang telah dimansuhkan oleh Rasulullah ﷺ.  

https://www.youtube.com/watch?v=0C7cl_duVEk 


9. Dakwah Salafi kolot dan ketinggalan. 

“Gerakan Wahabi merupakan gerakan Salafi yang bertunjangkan kepada madrasah peninggalan Ibnu Taimiah. Hanya sahaja ia tidak dikenali dengan tajdid dan ijtihad sehingga barangkali ini yang menyebabkan ramai daripada kalangan mereka pada zaman sekarang terdiri daripada kalangan mereka yang memusuhi tajdid. Kemungkinan alasannya ialah kerana gerakan ini bermula di tengah-tengah masyarakat sederhana yang jauh daripada tamadun dan lebih kepada kehidupan Arab Badwi.” 

[al-Sahwah al-Islamiyyah, hlm. 46-47] 


10. Menyokong revolusi ‘Arab Spring’ yang telah menghuru-harakan negara-negara Islam dan mengakibatkan ribuan nyawa melayang. 

“Negara Qatar, radio Qatar, televisyen Qatar dan badan penyiaran al-Jazeera Qatar telah berdiri teguh bersama revolusi-revolusi ini kesemuanya. Revolusi Tunisia, revolusi Mesir, revolusi Libya, revolusi Yaman, revolusi Syria, malah kesemua revolusi ‘Arab Spring’ telah didukung oleh Qatar melalui stesen radionya, televisyennya, dana kewangannya dan juga orang-orangnya. Alhamdulillah, saya dan saudara-saudara saya daripada kalangan para ulama di negara baik ini (Qatar) akan dikenang oleh sejarah dan akan dikenang oleh Allah sebelum sejarah dan manusia. Allah tahu pendirian negara ini dan bagaimana ia telah mendukung revolusi-revolusi ini.” 

https://www.youtube.com/watch?v=lLiP31I-49Y 

Demikian beberapa pendapat dan kenyataan beliau yang pelik dan menyimpang. 

Menobatkan beliau sebagai al-Allamah al-Imam apatah lagi mujaddid adalah salah dan tidak wajar. 

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. 


[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments