Mengalihkan Gangguan Atas Jalan

 OLEH: Dr Idris Sulaiman




- Tanda-tanda orang beriman 

Mengalihkan gangguan dari atas jalan ialah sebahagian daripada iman. 

Ia merupakan tanda bahawa orangnya beriman; beriman dengan Allah ﷻ dan Hari Akhirat. 


Ini sebagaimana sabda Nabi ﷺ: 

الْإِيمَانُ بضع وَسَبْعُونَ شُعْبَة فَأفْضَلُهَا: قَولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا: إِمَاطَةُ ‌الْأَذَى ‌عَنِ ‌الطَّرِيقِ وَالحَياَءُ شُعْبَة مِنَ الإيمَانِ.

“Iman terbahagi kepada tujuh puluh bahagian lebih atau enam puluh bahagian lebih. Bahagian yang paling utama ialah ucapan lailahaillallah manakala yang paling rendah ialah menghilangkan gangguan dari atas jalan, sedangkan rasa malu ialah salah satu daripada bahagian iman.” 

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim] 



CATATAN 

Tidak perlu tunggu orang lain, bertindaklah sendiri. 

Usah dipandang rendah keutamaan mengahlikan gangguan  dari atas jalan. 


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments