Rosaknya Ekonomi: Rasuah VS Syirik

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


- Asal warna Hajarulaswad, Kaabah

Ulama haraki melihat bahawa rasuah dan ketidakadilan dalam pembahagian harta kekayaan negara menjadi punca utama masalah ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat.

Berbeza pula dengan ulama Salafi yang menegaskan bahawa masalah ekonomi dan lain-lain berpunca daripada berleluasanya syirik dan maksiat.

Mereka berhujah dengan memberikan contoh Hajarulaswad; batu syurga berwarna putih yang kemudian berubah menjadi hitam kerana perbuatan syirik dan dosa-dosa manusia.

Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

‌الْحَجَرُ ‌الْأَسْوَدُ ‌مِنَ ‌الْجَنَّةِ، وَكَانَ أَشَدَّ بَيَاضًا مِنَ الثَّلْجِ حَتَّى سَوَّدَتْهُ خَطَايَا أَهْلِ الشِّرْكِ.

"Hajarulaswad berasal dari syurga dan warnanya lebih putih daripada salji tetapi kemudian ia berubah menjadi hitam kerana dosa-dosa ahli syirik."

[Hasan. Riwayat Ahmad] 

Jika kesyirikan boleh memberi kesan ke atas batu putih syurga sehingga menyebabkannya bertukar menjadi hitam dan dinamakan Hajarulaswad (Batu Hitam) maka tentunya ia turut boleh memberi kesan negatif ke atas perkara-perkara lain seperti ekonomi dan sebagainya.

Ini kerana Allah ﷻ berfirman:

وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَة فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ.

"Dan apa jua yang menimpa atas kalian maka ia disebabkan oleh tangan-tangan kalian sendiri."

[Al-Quran, al-Syura, 42:30]

Allah ﷻ juga berfirman:

إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٌ.

"Sesungguhnya syirik ialah kezaliman yang paling besar."

[Al-Quran, Luqman, 31:13]

Jika diamati, pendekatan kelompok pertama lebih kepada menyalahkan orang lain sedangkan pendekatan yang kedua lebih ke arah mengajak masyarakat supaya bermuhasabah, bertaubat dan memperbaiki diri. 

Pendekatan yang kedua lebih menguntungkan bagi akhirat.

Semoga Allah memelihara kita dan keluarga daripada perbuatan-perbuatan syirik.



[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments