Zuhud: Rusuhan Bola Sepak

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


- Pengertian zuhud

- Rusuhan bola sepak

Muslim dianjurkan supaya berzuhud dengan dunia.  

Sabda Nabi ﷺ: 

ازهَدْ في الدُّنيَا يُحِبَّكَ اللهُ، وازهَدْ فِيمَا عِندَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ. 

“Berzuhudlah di dunia nescaya engkau akan dicintai Allah dan berzuhudlah daripada apa yang dimiliki oleh manusia nescaya mereka akan mencintaimu.” 

[Hasan. Riwayat Ibnu Majah] 

Ada perbezaan pendapat ulama tentang erti berzuhud dengan dunia.

Ada yang mengatakan maksudnya mengurangkan pergaulan dengan manusia.

Ada lain yang mengatakan maksudnya meninggalkan hal-hal syahwat. 

Dan ada yang mengatakan maksudnya mengelakkan rasa kenyang.

Ada juga yang mengatakan berzuhud dengan dunia ialah meninggalkan segala apa yang melalaikan daripada beribadah kepada Allah ﷻ.

Pendapat terakhir ini yang terbaik. 

Kerana seperti mana menurut al-Hafiz Ibnu Rajab “Ia menghimpunkan semua maksud zuhud yang lain.” 

Maka dengan berzuhud serta meninggalkan segala apa yang melalaikan seseorang itu akan dapat merealisasikan tujuan utama penciptaannya di atas muka bumi iaitu beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah ﷻ.

Ini bertepatan dengan firman Allah ﷻ: 

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ  

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu.” 

[Al-Quran, al-Dhaziyat, 51: 56] 

CATATAN

Betapa banyaknya hal-hal yang melalaikan di akhir zaman. 

Lebih mendukacitakan apabila mendapat berita rusuhan bola sepak di negara jiran yang sampai meragut lebih 120 nyawa, wallahul mustaan.  



[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI


Comments