Halloween

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


- Mata pelajaran darjah satu

- Diayah musuh Islam 

Baru-baru ini tular di media sosial gambar-gambar segelintir warga Riyadh, Arab Saudi menyambut perayaan pagan Halloween.

Ada sebahagian netizen menyindir dengan berkata “Wahabi mengharamkan sambutan Maulid tetapi menghalalkan Halloween pula.” 

Apakan daya, ibarat ‘Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak pula’.

Ternyata bahawa diayah Halloween ini telah pun sekian lama dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran bahasa Inggeris murid-murid tahun satu sekolah rendah. 

Muat turun buku: https://drive.google.com/file/d/1ngiWpjkIKZty3_6aDXhX_fnOBZZvL9Zr/view?fbclid=IwAR1Hn9yGDQ3CJ2CkHf7pXLjmy17wM7jIxz9G7nMkRyINoX_34IWDRQgZjWk

Halus cara yang digunakan.

Sambutan hari hantu dan kepercayaan roh-roh orang mati serta syaitan-syaitan akan hadir masuk ke alam dunia pada tanggal 31 Oktober setiap tahun. 

Khurafat lagi syirik.

Muslim diperintahkan membaca ‘Auzubillah minashaitan nirajeem’ bagi meminta perlindungan daripada gangguan syaitan secara amnya serta ‘Min al-khubthi wa al-khaba’ith’ apabila hendak masuk tandas secara khasnya, bukan turut serta dalam perayaan menyambut kedatangan syaitan-syaitan ini. 

Jelasnya ia tidak wajar.

Lebih parah lagi, anak-anak kecil Muslim turut diperkenalkan tentang perayaan ‘Hari Kelahiran Anak Tuhan’ (Krismas) serta perayaan ‘Hari Kebangkitan Anak Tuhan dari Mati’ (Easter). 

Jangan pula ada yang keliru menganggap ini hanya adat budaya yang tiada sebarang unsur keagamaan. 

Bahkan sambutan-sambutan ini semua berkait rapat dengan kepercayaan agama Kristian yang jelas bertentangan dengan Islam. 

Muslim diperintahkan supaya berlepas diri daripada semua kepercayaan dan amalan khurafat lagi syirik. 

Apa jua yang berkait dengan agama tidak wajar diambil mudah lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak-anak kecil yang tidak tahu menahu dan tidak dapat membezakan antara mana yang benar dengan yang salah. 

CATATAN

Musuh-musuh Islam terus berusaha gigih merosakkan akidah anak bangsa lebih-lebih lagi apabila mereka lalai dan bertelagah antara satu sama lain. 





[Gerakan PENA Malaysia]


Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI




Comments