OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
Masa "couple" keluar berdua tak haram. Makan berdua tak haram. Musafir berdua tak haram. Mesej sampai pagi tak haram. Bertukar-tukar gambar tak haram. Semua "sporting". Ibu, kakak, dan mak cik tak ada yang marah.
Apabila dah kahwin, itu tak boleh, ini haram, itu curang. Kahwin secara halal di sisi agama dan sah di sisi undang-undang pun tak boleh. Tak ada hati perasaan. Layak macam mana pun, hati isteri pertama mesti kena jaga.
Nampaknya, hukum ada dua set: satu untuk lelaki bujang, satu untuk lelaki yang dah kahwin. Yang dah kahwin mesti jaga hukum, yang belum kahwin buat apa pun tak ada masalah. Tiada isteri nak marah. Tiada mak cik nak membawang.
Pendek kata, hukum-hakam berubah mengikut selera dan kepentingan perempuan. Perempuan kata OK, maka halal. Perempuan kata tak OK, maka haram. Perasaan perempuan lebih kena jaga daripada syariat itu sendiri.
Comments
Post a Comment