Memperkecilkan Dosa

 OLEH: Dr Idris Sulaiman



– Jangan dilihat kecilnya dosa tetapi lihatlah Maha BesarNya Tuhan

Memperkecilkan dosa menunjukkan rasa kurang takut kepada Allah ﷻ.

Ia merupakan antara sifat orang fasik dan munafik.

Ini berbeza dengan orang Mukmin yang takut berdosa dan melihat sekecil-kecil dosanya sebagai sesuatu yang besar.

Ia menunjukkan kesempurnaan rasa takutnya kepada Allah ﷻ serta sikap muraqabah, merasa diri sentiasa diawasi Allah ﷻ.

Dalam sebuah hadis mauquf daripada Abdullah bin Masud, beliau berkata:


إِنَّ ‌الْمُؤْمِنَ ‌يَرَى ‌ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا.

“Sesungguhnya orang Mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah dia berada di tepi gunung lalu dia khuatir gunung itu akan jatuh menghempap atasnya. Sedangkan orang-orang fasik melihat dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap atas hidungnya lalu dia berbuat begini (menepisnya).”

[Sahih. Riwayat Bukhari]


Yakni orang fasik itu menganggap dosa-dosanya tidak apa-apa.

Adapun orang Mukmin, dia melihat sekecil-kecil dosanya sebagai sebesar-besarnya kerana dia sedar akan Maha Besarnya Tuhan yang dia berdosa denganNya.


CATATAN

Jangan dilihat kecilnya dosa yang dilakukan tetapi lihatlah Maha Besarnya Tuhan yang engkau berdosa denganNya.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments