OLEH: Abu Zinnirah Azlan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..baru ada kesempatan untuk berkongsi tentang poligami setelah menjalaninya..jujur saya ingin kongsikan bahawa poligami itu berat dan bukan semudah yg diceritakan di kedai kopi..
Ramai bertanyakan apa tipsnya atau lbih sedap lagi "apa RAHSIANYA dapat kahwin 1 lagi"..ini soalan yg sering sy dapatkan..alhamdulillah pernikahan saya ini diuruskan oleh isteri pertama saya dari awal hingga ke pelamin..semoga Allah merahmati beliau..
Saya cuma jawab.."yg penting jujur dan tidak membelakangi isteri pertama..jelaskan hasrat ingin berkahwin selesai.."
"TAK BERPERANG KE..?"
Tuan tuan yg mulia hati perempuan mn yg xremuk bila dgr suami ingin poligami..?? Tapi lebih remuk hati isteri itu kalo suami menikah diam2 dan akhirnya terbongkar..itu jauh lebih parah buat isteri..
Yg penting berani menyampaikan keinginan berpoligami..kalau takut utk menyampaikan bagaimana nak menjalankan...isteri terima atau tidak itu soal kedua yg penting sampaikan supaya dia tahu suaminya ingin menikah..
"TAK BERGADUH KE RUMAHTANGGA.."
Tuan tuan yg dirahmati Allah nama pun berumahtangga wajarlah ada selisih faham..jgn katakan poligami..monogami tetap punya masalah kerana itu lumrah dalam rumahtangga..pinggan nabi pun pecah apatah kita manusia biasa..
Poligami bukanlah bermakna suami itu curang tetapi ia adalah hukum yg halal dalam islam..pada pandangan saya selain berlaku adil, harta , mampu yg paling penting mampu memikul tanggungjawab yg besar kerana poligami adalah satu tingkatan tertinggi dalam pernikahan..
Sekiranya tuan tuan ingin berpoligami pastikan NIATNYA jelas..nikahlah kerana Allah bukan kerana nak tunjuk siapa hebat..kehebatan seorang lelaki itu bukanlah terletak kepada jumlah isterinya tetapi bagaimana dia menggalaskan tanggungjawab dan amanah yg Allah berikan kerana ada ancaman yg keras bg mereka yg berpoligami..
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ كَانَتْ لَهُ امْرَأَتَانِ فَمَالَ إِلَى إِحْدَاهُمَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَشِقُّهُ مَائِلٌ
“Siapa yang memiliki dua orang istri lalu ia cenderung kepada salah seorang di antara keduanya, maka ia datang pada hari kiamat dalam keadaan badannya miring.” (HR. Abu Daud no. 2133, Ibnu Majah no. 1969, An Nasai no. 3394. Syaikh Al Albani menyatakan hadits tersebut shahih sebagaimana dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1949)
Ikutlah tuntunan yg jelas statusnya..melalui proses mahkamah..mendapat kebenaran hakim kemudian nikahlah dengan baik dan selamat..
ISTERI PERTAMA XSEDIH KE..?
Mana ada hati isteri yg ceria tetapi percayalah dia akan belajar menerima sedikit demi sedikit asalkan suami itu berlaku adil, jujur,jelas dan tidak mengabaikan tanggungjawab..yg penting sentiasa berdoa kepada Allah..
Nafkah pula sentiasalah jelas dan tidak pula culas...keperluan mencukupi..poligami itu bukan perlu hidup bermewah mewahan tetapi sentiasa bersederhana..
InsyaaAllah jika nawaitu jelas pasti Allah akan bantu mudahkan..tetapi kalo niat belum jelas nasihat saya janganlah cuba2 ingin berpoligami..kerana perjalanan tanpa hala tuju akan memenatkan diri...
Semoga perkongsian ini bermanfaat utk pria pria diluar sana yg ingin berpoligami..silakan kalau mampu bukan sekadar harta tetapi mampu tunaikan tanggungjawab yg berat..ingat keseronokkan itu hanya 10 - 15 minit sahaja tetapi tanggungjawab itu seumur hidup dan ada hukumannya..
.[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment