OLEH: Faiz Sazali
Apabila kita kaji sejarah ketamadunan Islam di Alam Melayu sebenarnya Islam pernah disebarkan awal sebelum kerajaan Melaka mahupun kerajaan-kerajaan awal Melayu namun tidak diterima. Waktu itu Islam yg ingin disebarkan masih murni tidak bercampur dengan perkara bid'ah, tahyul, khurafat dan sebagainya.
Namun setelah itu sekian kurun berganti kurun, datang pedagang - pedagang arab ingin menyebarkan Islam melalui perdagangan mereka namun ketika itu Islam yg didakwahi tidak lagi murni kerana yg menyampaikan ajaran Islam adalah golongan Sufi.
Pedagang - pedangan Sufi menyebarkan dakwah mereka kepada org Melayu ketika itu. Sekiranya kita mengkaji ajaran Sufi pastinya kita akan dapati terdapat unsur-unsur khurafat seperti golongan kuburi (kuburiyun - penyembah kubur), masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam percaya roh org mati boleh memberi syafaat walhal tidak hairan ianya mudah masuk dlm adat masyarakat Melayu itu sendiri.
Malah masyarakat Melayu itu sendiri sebelum Islam banyak mempercayai perkara-perkara mistik. Bila kita kaji dalam ajaran Sufi terdapat kepercayaan mistik seperti kasyaf, wali-wali yg berkeramat. Bila ianya tersebar masyarakat Melayu mudah menerima kerana ada kemiripan.
Nampak, ianya ditipu dengan pelbagai bentuk yg kemiripan. Apatah lagi amalan bid'ah² yg lain. Sangat sukar untuk dibasmi melainkan kembali kepada Manhaj Salaf.
Comments
Post a Comment