Taat Kepada Pemerintah Bukan Esktrim

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Tiada mana-mana aliran yang menekankan prinsip taat kepada pemerintah Muslim dalam perkara-perkara makruf seperti Salafi.

Malah sebahagian melihat inilah antara ciri utama yang membezakan Salafi dengan yang lain.

Pemerintah negara mungkin datang silih berganti manakala kerajaan mungkin bertukar-tukar tetapi prinsip ini tidak berubah. 

Ia dipegang erat oleh setiap mereka yang mendukung manhaj yang mulia ini tidak dikira di mana jua sepanjang zaman sejajar dengan perintah Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ.

Firman Allah ﷻ:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ

“Wahai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul serta ulil amri (pemerintah) daripada kalangan kamu.”

[Al-Quran, al-Nisaa’, 4: 59]

Terdapat banyak nas hadis yang menekankan perkara ini. 

Antaranya ialah sabda Rasulullah ﷺ: 

عَلَى المَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ والطَّاعَةُ فِيمَا أحَبَّ وكَرِهَ، إلا أنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيةٍ، فَإنْ أُمِرَ بِمَعْصِيةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ.

“Wajib atas setiap Muslim untuk mendengar dan patuh (kepada pemerintah) dalam perkara yang disukai dan yang dibenci kecuali jika disuruh melakukan maksiat. Sekiranya disuruh melakukan maksiat maka tidak ada ketaatan (dalam hal maksiat itu).”

[Sahih. Riwayat Bukhari & Muslim] 

Salafi turut menekankan celaan ke atas kelompok penentang pemerintah yang diistilahkan oleh para ulama sebagai Khawarij.

Kata Imam al-Nawawi: 

أَجْمَعَ الْعُلَمَاءُ عَلَى أَنَّ الْخَوَارِجَ وَأَشْبَاهَهُمْ مِنْ أَهْلِ الْبِدَعِ وَالْبَغْيِ مَتَى خَرَجُوا عَلَى الْإِمَامِ وَخَالَفُوا رَأْيَ الْجَمَاعَةِ وَشَقُّوا الْعَصَا وَجَبَ قِتَالُهُمْ.

“Para ulama ijmak bahawa Khawarij dan kelompok-kelompok seperti mereka daripada kalangan ahli bidaah bila mana mereka keluar menentang pemerintah, menyalahi pendirian al-jamaah dan mematahkan kayu ketaatan maka wajib mereka diperangi.” 

[Syarah Sahih Muslim, 7/170] 

Hikmah mengapa syariat menekankan perkara ini adalah jelas demi mengekalkan keamanan, kestabilan dan kelangsungan negara. 

Keburukan jika prinsip ini diabaikan juga jelas seperti yang berlaku di sesetengah negara Islam yang bergolak di mana ia mengakibatkan ketidakstabilan manakala kemajuan dan ekonomi negara terencat malah tidak kurang yang sampai menimbulkan kegawatan serta pertumpahan darah. 

Jika prinsip yang didukung oleh Salafi ini dikatakan sebagai ekstrem maka benar ia ekstrem.

Ekstrem dalam berpegang kepada suruhan syariat bagi meraih pahala syurga Allah ﷻ.

Ironinya Dr Yousuf al-Qaradawi, semoga Allah mengampuni beliau, seorang ulama radikal yang secara terang-terangan mengaku menyokong revolusi-revolusi kekerasan ‘Arab Spring’ sepuluh tahun yang lalu tidak pula digelar ekstrem. 

Sebaliknya beliau digelar sebagai al-Allamah (tokoh ulama besar), Imam dan Mujaddid. 

https://www.youtube.com/watch?v=lLiP31I-49Y 

Ini sangat mengelirukan dan tidak wajar. 

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments