OLEH: Taufiq Tuah
Ketika ada yang bangga dengan kaedah barat 'handle' masaalah pembuangan anak melalui 'seks selamat'. Jangan terlupa barat juga yang memusnahkan institusi kekeluargaan.
- Mengamalkan Seks Bebas
Mereka bebas melakukan zina dgn sesiapa pun yang mereka mahu. Tidak terbatas kepada suami isteri semata-mata. Mereka juga yang mencipta perkataan 'friend for benefits'. Lalu ketika seorang 'positive pregnant', kebiasaan soalan ketika itu ialah "with who?".
- Budaya Ibu Tumpang
Jika isteri mandul, suami boleh berbincang dgn isteri untuk 'transfer' spermnya ke pada mana² wanita yang dipersetujui. Pelik, wanita barat yg bersetuju dgn hal ini lebih rela benih suaminya di dalam wanita yang tidak halal, lalu menganggap anak itu ialah anak kandungnya berbanding berpoligami.
Anak tumpang ini kemudiannya akan diberi nama keluarga dgn ayahnya yang tidak sah tadi.
- Amalan Seks Songsang
Mereka menormalisasikan seks songsang. Menganggap perbuatan itu ialah hak individu. Menormalisasikannya melalui segala kuasa media mereka yang ada agar masyarakat mereka tidak kekok melakukannya. Malah seolah-olah aib pula kpd yg menentangnya.
- Meraikan Tukar Jantina / Mengiktiraf Jantina Selain Lelaki dan Perempuan.
Mereka juga menolak penggunaan 'she' dan 'he' sebaliknya menggunakan 'they' dan 'it'. Malah perkataan 'Fireman' baru² ini dipersoal kenapa namanya 'man'.
Gerakan ini juga berpendapat di luar sana ada lebih 100 jantina. Mereka menyenaraikan istilah² jantina yg tidak wujud.
Dengan apa yang barat lakukan ini, nasab keturunan berterabur. Ada pasangan yg tak boleh beranak pun (sejenis). Pondan dgn bebas keluar masuk tandas wanita. Bapa (transgender) pun boleh ada di wad ibu dan anak. Jika ada 100 jantina diiktiraf, maka kerajaan terpaksa buat 100 jenis tandas juga di R&R.
Mahkamah terpaksa habiskan waktu selesaikan kes "ini anak siapa" kerana wanita akn ttp menuntut nafkah dari ayah haramnya. Memang ini pn yg dihadapi di US hari ini.
Comments
Post a Comment