Mekah Sebenarnya Bukan Di Arab Saudi?

 OLEH: Taufiq Tuah

Begitulah ajaran sesat yang baharu saya jumpa, mengatakan bahawa Mekah bukan di Arab Saudi. Ajaran ini sebaliknya mengatakan Mekah di Kuala Lumpur.

Sebelum ini saya pernah dgr ajaran yg kata Mekah itu sebenarnya di Surabaya. Syiah pula mengatakan Kaabah sebenar di Karbala.

Ajaran-ajaran ini menafikan kedudukan Mekah di dalam Al-Quran geografinya di Arab Saudi atau di kedudukannya hari ini.


Di sini saya buktikan bahawa ajaran² ini salah dan batil.

1. Nabi Muhammad berbangsa Arab. Buktinya lagi, Al-Quran itu berbahasa Arab. Jadi pastilah kedudukan Mekah (tmpt kelahiran Nabi Muhammad) di rantau Arab. Jauh sekali dari Nusantara. Melayu atau rantau Parsi.

2.Semua orang Arab sekian lama menjadikan Kaabah sebagai tanda kebanggaan. Hatta orang Arab Nasrani pun tak menafikan kedudukan Kaabah hari ini.

3.Tinggalan² sejarah sebagai bukti penting sesuatu dakwaan. Di Mekah hari ini lah letaknya Kaabah sendiri, Hajarul Aswad, Makam Ibrahim dan segala yang keliling Mekah. Uhud, Arafah, Gua Hira semuanya on position dengan sirah.

4.Mustahil untuk dipalsukan hal yang sebesar itu. Sepatutnya, yang menuduh perlu memberikan bukti umat Islam dan para ulama memalsukan kedudukan Mekah. Bukan kami yang ptt bg bukti kami betul.

Kerana alasan mereka kononnya kedudukan Mekah hari ini telah dipalsukan, akhirnya mereka terus menolak haji dan umrah. Rasa nak menangis, bila dengar ajaran sesesat ini.

Semoga Allah memberikan taufiq.


[Gerakan PENA Malaysia]

Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments