Jangan Bersedih Dengan Musibah

 OLEH: Dr Idris Sulaiman


Ujian dan cubaan ialah asam garam kehidupan.

Setiap manusia akan melaluinya.

Tinggal lagi bagaimana seseorang itu menghadapinya, itulah yang membezakan antara orang beriman dengan yang tidak.

Bagi orang yang beriman, dia akan menghadapi segala ujian dan cubaan yang mendatang dengan penuh kesabaran dan kecekalan.

Firman Allah ﷻ:

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta benda, jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 155]

Berilah khabar gembira buat mereka yang bersabar.

Kerana ganjaran besar serta pahala yang melimpah ruah menanti mereka di akhirat.

Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْراً ‌يُصِبْ ‌مِنْهُ

“Barang siapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya maka Dia akan timpakan musibah ke atasnya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Ini kerana musibah-musibah yang dihadapinya dengan kesabaran akan menjadi kafarah penghapus dosa-dosanya, dan itulah yang didambakan oleh setiap Muslim.

\

[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI

Comments